Ibu Tunggal “Didera”

27.11.15

Ibu Tunggal “Didera” | Kat entri yang lepas, zizie ada ceritakan yang zizie bawa mak ke Perak. Mak pun seronok jugak dapat pergi ke rumah saudara mara. So, angah beri green light untuk jaga ilma. Nasib baiklah mak ada so tak adalah rasa seksa sangat nak uruskan Ilma.

Hari kedua mak di Perak, kitorang ke rumah Pak Long di Simpang. Ilma pun zizie bawak sekali dan dia tak nak pergi dengan orang lain. Kalau dia main dengan sepupu-sepupu dia pun, nak juga zizie ada sekali di sebelah. Tak pelah, layankan ajela. Cuma bila dia nampak zizie berdiri, meraung la dia. Tak boleh ditinggalkan! Sampai lunch pun zizie rasa tak tenang dek si kecik ni. Kalau pergi rumah Pak Long ni, memang best makanan yang dihidangkan. Kena pulak masa tu dorang buat lauk orang kampung.. Ya Allah, terliur~ tapi, tak dapat makan betul-betul sebab jaga ilma.


Satu hal lagi perangai Ilma ni, dia tak suka sangat minum susu formula. Kalau dengan opah dia, baru dia minum susu formula. Alhamdulillah la dia nak minum susu formula walaupun kena berperang jugak dengan budak ni. Mungkin sebab dah lapar sangat tu. Mata dah mengantuk pun dia tak nak tidur tapi merengek nak suruh dukung. Awak tu dah la berat 9kg++! Berat 66 mung ni! Masuk kereta, barulah dia nak tidur. Ya Allah, rasa macam tak nak kereta tu berhenti sebab nak budak tu tidur lama. Huhu. Maghrib tu barulah dia jumpa Umi dan Papa dia. Fuh! Lega~

Esoknya pulak makan-makan kat rumah sepupu zizie di Terung. Sama juga bawa si Ilma ni. Nampaklah perubahan yang dia dah mesra sikit dengan sepupu-sepupu dia. Tapi! Tetap nak zizie ada sekali. Adoyai. Nak menolong kat dapur pun susah.




Kemungkinan Ilma macam tu sebab kat rumah dia dengan Umi dan Papanya saja. Bila jumpa orang ramai macam ni, dia rasa segan dan takut. Umi dan Papa kena tambah lagi satu kot buat peneman Ilma. Kekeke! Dua hari merasa menjadi ibu tunggal, ke sana ke mari dengan si kecil comel ni. Walaupun di dera, rindu dengan kerenah dia. Harap kalau dapat sorang anak macam ni, dah dapat handle with efficient. Chewah! Kahwin pun tak lagi. Kah!

You Might Also Like

19 comments

  1. hee. best kalau jaga budak-budak yang senang handle.. kalau yang banyak karenah, tercabut jugak anak tekak asyik menjerit-jerit. haha

    ReplyDelete
  2. dia rasa insecure tu, percaya kat zizie je..hihi..blh kawin dah zizie

    ReplyDelete
  3. ni kira latihan la zie..in sha Allah zizie boleh..amin :)

    ReplyDelete
  4. Saya pun pernah rapat dengan budak yang asyik nak berkepit je macam ni. Selalu ya saya layankan aje sebab tak selalu jumpa.

    ReplyDelete
  5. Ingatkan betul2 kene dera tadi *jeling*
    btw cantik Ilma :)

    ReplyDelete
  6. teringat kisah hidup mak saya dulu... huhuhu

    ReplyDelete
  7. kak zizie ni ada daya tarikan yg membuatkan budak2 suka kat akak. hahaha :p layankan aje diorang ni. nanti2 dah besar mesti duirang dah semanja mcm sekarang ni :)

    ReplyDelete
  8. hahaha.. ingatkan betol2.

    p/s: zizie kan dh ada kt utara ni.. kalau dtg penang bg tahu je. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nina, zizie lupa nk reply hrtu.. zizie kt area chemor.. ok.. no prob.. yeay ada tour guide.. hehe

      Delete
  9. Anak buah pun ada jugak yang macamtu. Sebab kat rumah dorang dgn parents dorang je. Kat rumah pengasuh pun, dorang berdua je. Tapi, takpe. Kejap je. Bila dah biasa sikit. Okeylaa. :D

    ReplyDelete
  10. wah dah boleh cepat-cepat kawin ni zizie...hihihi, comel adik tu..

    ReplyDelete
  11. hehe, comelnyaa ilma. ingat ibu mana laa kena dera tadi. hihi :3

    ReplyDelete
  12. btw, tutorial shawl kat side bar tu, mormor pakai yg simple jee. blh tengok yang ni :D

    https://www.youtube.com/watch?v=V1nFBLbQHd4

    ReplyDelete
  13. rapat betul ilma dgn zizie ye..

    ReplyDelete
  14. Adoi Zizie Zack, tak boleh berenggang lgsg si Ilma.. Manja sangat.. Mgkn dia jenis ambik masa utk mesra dgn org dia tak kenal.. ;-)

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.