Kehilangan?

16.12.15

Kehilangan | Maaf ye, ini luahan hati. Tukar mood dengan ganti nama diri "aku" sekejap.

Tadi masa tengah OT, kat ofis ada aku, kak ruby & khantan. Macam biasa, dorang ni suka berseloroh. Tetiba khantan cakap, "kalau saya tak ada, nanti you sunyi." Kemudian kak ruby sambung, " kalau saya tak ada, lagi la sunyi. Tunggu la masanya nanti."

Khantan tu aku tak hairan sebab bukannya selalu ngadap dia tapi kak ruby antara officemate yang rapat dengan aku. Balik dari kerja, sambung baca group whatsapp yang semalam ada cakap pasal kehilangan juga. Hoi. Sedih la semua nak cakap pasal hilang. Huhu.

Seriously, aku gembira dengan apa yang aku ada sekarang. Kerja walau pangkat tak tinggi, aku dikelilingi dengan orang-orang yang baik hati. Ekyn tak yah cakaplah. Dari dulu sampai sekarang kalau ada peluang je gaduh mulut la. Nina yang kecik-kecik cili padi orangnya. Kak ida penggemar laksa tegar yang cantik dan baik hati. Kak ruby yang suka buat lawak gedik. Zulaikha yang rajin nak dengar cerita aku. Abang-abang scheduled waste yang tolong aku angkat tong berat nak mampus. Kak Rina jiran ofis yang suka mengusik kenen orang sana sini. Adam yang macam hantu nakal suka sergah aku tengah buat kerja. Phua walaupun sometimes geram aku dibuatnya, tapi dia kira cikgu aku kat situ. Dan bos-bos yang baik hati bagi souvenir bila balik dari cuti. Hihi. Dan ramai lagi pekerja-pekerja yang baik nak tolong aku yang masih belajar dalam alam pekerjaan.

Itu baru part kerja. Belum lagi rumah sewa. Roommate aku, shelly walaupun muda dari aku tapi boleh masuk kepala dengan aku macam member lama. Linda dan Ina yang rajin ajak makan sekali. Dorang ni baik hati giler dan tak selfish. Semua benda boleh bawa berbincang.

Tak lupa KBBA. Dah 10 bulan aku dengan dorang. Macam-macam benda aku belajar.Seronok berjumpa dengan para bloggers yang peramah walaupun berbeza latar belakang. Walaupun ada mulut yang mengata kitorang, makin kitorang kuat! Biasalah, kalau dah benci yang buruk jela yang nampak.. Bilalah berpeluang berjumpa lagi...

My family pulak, usia makin menginjak, fikiran pun makin matang. Walaupun 10 beradik, kitorang rapat gila-gila. Tak lengkap kalau tak ada 10 orang sekali. Rindu sangay dengan mak & abah. Rindu sangat nak kenakan sorang demi sorang. Group whatsapp jela menjadi tempat kami berkumpul. Along, angah, kak yah, abang pi, amin, asyraf, syahir, irfan & ikhwan. Rindu gila!!

Kehilangan yang paling aku tak kesali ialah kehilangan ex aku. Sebelum ni, iyelah aku kesian, simpati, sayang sikit sebab 3 tahun lebih dengan dia. Tapi lepas dia cakap pasal abah & kakak aku yang sikit pun tak pernah ambil kisah dekat dia apatah lagi nak cakap pasal dia, memang report polis jawabnya. Kot-kot kalau dia or mama dia duk menyemak lagi kat blog aku ni, mohon anak-beranak tak payah nak sibuk kat sini lagi. Sakit hati dengan korang. Macam-macam korang buat aku, aku dah tak nak diamkan diri!



Ada yang datang dan pergi, itu aku tahu. Cuma, sekarang aku sayangkan apa yang aku ada sekarang. Kalau Allah dah takdirkan aku akan kehilangan semuanya, semoga aku kuat menghadapinya. Sekarang, aku nak hargai apa yang aku ada sekarang. Jangan bila dah tak ada, baru nak rindu. Kan?

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

14 comments

  1. Macam serious je masalah Zizie dengan ex Zizie sebelum ni.

    ReplyDelete
  2. Hurmh... panjang luahan hatinye.. ada lagi tak? akak ade kalau nak share.. hehe

    ReplyDelete
  3. sabar ye kak zizie :)
    semua yang terjadi ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  4. waahh. masalah dengan ex tu macam kritikal.. sabar yaa kak :D

    ReplyDelete
  5. Yup. Hargai mereka sementara mereka masih ada. SUpaya tidak menyesal di kemudian hari. :)

    ReplyDelete
  6. bukan senang nak cari rakan sekerja yg baik gitu kan kak? hm

    ReplyDelete
  7. "jangan bila dah takde, baru nak rindu" emm sentapnya :'(

    ReplyDelete
  8. apa kena dgn ex zizie ni.. move on please

    ReplyDelete
  9. hidup ni mmg mengajar kita bila kita peroleh pengalaman. :)

    ReplyDelete
  10. Betul...selagi ada hargai dan jaga sehabis baik...

    ReplyDelete
  11. syahdu n terharu bila dengar lagu Kehilangan oleh Firman..

    ReplyDelete
  12. kehilangan ini pasti dirasai oleh semua....tabah dan sabar....kuatkan hati serta jiwa...hidup banyak lagi yang penting untuk difikirkan dan hargai orang sekeliling yang membuatkan kita tersenyum

    ReplyDelete
  13. Kehilangan itu satu kepastian.. terfikir juga adakah diri kak aiza kuat jika kehilangan orang yang disayangi..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.