Makan Putu Mayam Stail Orang Perak

6.12.15

Makan Putu Mayam Stail Orang Perak | Tengah hujan lebat sekarang ni, teringin pulak nak makan putu mayam. Terus teringat makan putu mayam kat Taiping haritu. Sebelum tu, meh kita kenal keluarga putu.

Putu ini asalnya makanan orang Tamil di Selatan India dan Sri Lanka. Putu piring, putu bambu dan putu mayam ialah snek putu yang terkenal di Malaysia. Makanannya diperbuat daripada tepung beras dan dikukus dengan cara tersendiri.

Putu Piring ( http://www.makansutra.com/stories/3/979/KeepSteamingPutuPiring )

Putu bambu ( http://www.infomakan.com/tempat-makan/putu-bambu-dan-teman-temannya )

Untuk putu mayam, orang Terengganu memakannya dengan cara berlainan. Kami makan bersama dengan kuah santan. Pelik bagi yang tak pernah cuba kan. Jadi, zizie pun rasa pelik bila orang Perak makan putu mayam dengan gula melaka dan kelapa sahaja sebab dah terbiasa dengan stail orang Terengganu. 


Belum cuba, belum tahu. Bila dah cuba, barulah tahu bagaimana rasanya. Huih. Layan jugak nih! Dihidang pulak dengan secawan teh 'O' suam. Heaven~ Adik zizie tak nak cuba sebab dia nampak macam mihun. Lagi nampak pelik dimatanya. Hahaha. Rugi la kau dik..

Putu mayum ni pak sedara zizie beli di gerai berdekatan di Perumahan Awam Batu 2 ½ di Taiping. Gerai tepi jalan besar je tapi sedap. Haih. Nak kena keluar cari putu mayam la pulak sebab teringin! Bye.

You Might Also Like

11 comments

  1. walaupun ibu saya orang terengganu, tak pernah dengar pulak makan putu mayam dengan kuah santan. ni first time dengar. dah terbiasa makan dengan gula perang hahaa

    ReplyDelete
  2. saya suka makan putu bambu. tapi since orang jual selalu letak sikit je gula dalam tu, end up saya makan bahagian tengah je yang banyak gula hahaha. sedapppp xD

    ReplyDelete
  3. ubai selalu perabih gula m melaka ja.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Salam singgah. Saya tak pernah makan putu. Harap suatu hari dapat jumpa dan try makanan ni. :)

    ReplyDelete
  5. 3 adik beradik putu ni...akak PC suka...sangat suka zie...makan panas2...akak tak pernah makan dengan santan..biasa makan dengan kelapa parut dan gula perang tukan..hihi...nikmat rezeki..

    ReplyDelete
  6. Kalau kat tgganu.. putu piring tu kaler kuning..

    ReplyDelete
  7. Owg Kedah punya putu mayam pun mcm tu.sbb tu bila datang kl Cari putu mayam xjumpa rupanya banyak kategori and style hahaha. Putu ni sedap dmkn dgn gula Melaka yg cukup Dan kelapa.kalo penjual yg jual kedekut gula Melaka xsedap. Memang cheery xbeli dah

    ReplyDelete
  8. style Terengganu makan dengan santan ? takpernah cuba lagi...

    ReplyDelete
  9. Lissa suka putu mayam ! tapi tak pernah makan dengan kuah santan. hee

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sini dik....nampak sedap lah...

    ReplyDelete
  11. Sedapnya putu mayam... hihi lupa bagi salam.. Assalamualaikum, sori Zizie akak tag nama Zizie...

    http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/12/10-soalan-dari-blogger-misszyaroses.html

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.