Menggamit Memori di Memory Lane.

9.12.15

Menggamit Memori di Memory Lane | Dua minggu lepas, zizie ambil kesempatan berjalan-jalan ke pekan Ipoh. Ye, dua minggu lepas. Maafkan beta akan entri peram ini. Berbalik kepada cerita, zizie memilih untuk berjalan-jalan di Memory Lane atau lebih dikenali sebagai Pasar Karat di Lorkin, Ipoh. Memory Lane ini ialah salah satu tempat perlancongan (tourist attraction) di Ipoh. Apa yang menariknya di situ? Kena la baca sampai habis.



Pagi-pagi lagi zizie dah terpacak kat sana sebab kawan zizie cakap pukul 9 pagi pun dah start sesak di situ. Zizie tiba di sana lebih kurang pukul 8 pagi. Memory Lane ini hanya ada pada hari Ahad sahaja. Menurut Bro Framestone, sebelum pasar karat dipindahkan di Lorkin, ianya terletak di tepi Sungai Kinta yang kini menjadi tempat makan. Terima kasih Bro atas informasinya.

Melangkah sahaja di pintu gerbang Memory Lane, terus mata zizie terpana dengan barangan antik yang terdapat di situ. Barangan antik di sini terdiri daripada peralatan dapur, pakaian, aksesori, setem, duit lama dan macam-macam lagi. Bukan sahaja terdapat barangan antik masyarakat Melayu, Cina, dan India, malah terdapat juga barangan dari luar negara. Seronok melihat barangan-barangan antik ini. Seakan tersimpan seribu satu makna.





















Semasa lalu di hadapan satu kedai ni, zizie tertarik dengan topi yang dipakai oleh seorang penjual ini. Sarat dengan pelbagai lencana. Masa nak ambil gambar dia, terkantoi la pulak...

"Haa dik, nak ambil gambar pak cik ke?"
"Tak la. Tu.. Yang ada kat atas kepala pak cik. Hehe."
"Haaa.. mai sini, mai.."


Sempat bersembang dengan pak cik ni, zizie bertanyakan bagaimana mereka meletak harga sesuatu barangan antik. Menurut beliau, harga sesuatu barangan bergantung kepada keadaan packaging sama ada masih elok atau tidak, tahun keluaran barangan, dan availability barangan tersebut. Barangan yang susah didapati boleh mencecah ribuan ringgit. Huih. Kayo.. kayo..

Sentimental value sesuatu barangan itu sangat bernilai. Walaupun zizie bukanlah seorang pengumpul barangan antik, tetapi kekadang barangan sendiri pun sayang nak buang walaupun dah rosak. Hehe. Zizie tak sempat nak beli apa-apa sebab niat nak datang ke sini hanyalah untuk berjalan-jalan cuci mata. Lagipun, poket tengah pokai. Adalah beberapa barangan yang zizie rasa nak beli tapi tak tahu nak hias kat mana.

Kebetulan zizie berada di sana, rupa-rupanya salah seorang blogger KBBA, kak Irna pun dalam perjalanan ke sana. First time berjumpa dengan kak Irna yang peramah orangnya. Lain kali kita jumpa lagi ye Kak Irna.


Kalau korang merupakan peminat barangan antik dan nak melihat barangan antik, bolehlah datang ke Memory Lane atau Pasar Karat Lorkin di Ipoh. Ianya dibuka pada hari Ahad sahaja seawal pukul 7 pagi.

Lokasi :

You Might Also Like

15 comments

  1. memory lane ea. okay kena masuk dlm checklist jln2. hihi

    ReplyDelete
  2. Wah duit lama tu memang antik..belubang tengah..

    ReplyDelete
  3. selalu pg ipoh tp tak pernah pulak sampai sini...hehehe

    ReplyDelete
  4. ZZ kak ana orang Teluk Intan pun belum sampai lagi ke sini, adik kak ana selalu cite tentang tempat ni, entah bila nak sampai, bestkan :)

    ReplyDelete
  5. Wah..memory lane yeh.duit lama dgn rumah kecil tu comel.OK now rasa mcm nak pegi jenjalan nengok jgk

    ReplyDelete
  6. When I balik perak , I used to go there . I think it also good to go with family as well especially our parents because there's a lot of 80's to 90's cassete that can be like Dad - "Ahhh you remember this song honey?" . Mom -" What honey?" Dad - "you remember our first meeting at Hussein Restaurant that they played this song........" and romantic vibes going on there . Haha . This place reminds me a lot of my childhood memories , how struggled I want to buy those Ultraman figurines ( RM 5 for two sets tho ). haha . Nice post zizie zack , good memories always be remembere ! :D

    - Syamsid Blog -

    ReplyDelete
  7. Tak pernah sampai lagi ni. Macam menarik je. :)

    ReplyDelete
  8. wow banyaknya barang2 lama. suka tengok kamera dgn duit2 lama tu ;D

    ReplyDelete
  9. pernah tengok dalam rancangan orang travel2 kat tv. byk barang lagi tua daripada kita hahah

    ReplyDelete
  10. First time dengar pasal Memory Lane ni. Banyaknya tempat dekat Malaysia tu yang saya tak pernah dengar.

    ReplyDelete
  11. Kalau kat KL, Memory Lane tu kedai cenderamata. Sama pulak nama dgn Pasar Karat Ipoh ni yer.. Penggemar brg antik mesti suka pi sini.. Harga mesti ribu riban.. Kena pandai bargain..

    ReplyDelete
  12. tak pernah smpai sini.. nanti tolong bawakkan yaa..

    ReplyDelete
  13. kayooo kayooo kalo dapat jual ribu2.. bestnya skali skala tengok tempat macam ni..
    nak beli tak la kot sbb tak tahu nak buat apa.. kita cuci mata saja..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.