Shell-A-bration: Kedai Makan Tok Mat

19.12.15

Shell-A-bration: Kedai Makan Tok Mat | Lagi-lagi entri makan daripada zizie. Hee. Hari isnin lepas, zizie belanja kakak-kakak zizie sempena gaji pertama zizie. Well, my family ada kat Terengganu. Jadi, along dan angahlah yang merasa dulu gaji pertama zizie.


Destinasi kami ialah Kedai Makan Tok Mat yang terletak di Bandar Baru Tambun. Zizie tahu pasal kedai ini pun daripada roommate zizie. Eupa-rupanya, dah famous kat bandar ipoh ni. Well, kita kan orang baru. Yang menariknya kat sini, hidangannya tak dihidang di dalam pinggan. Jangan risau, ini bukan makan dalam pampers tapi makan di atas kertas. Konsepnya sama sahaja seperti Shellout. Ala-ala makan dalam dulang gitu. So, here we go food review of the first Shellout in Ipoh.






Satu set Shell-A-bration terdiri daripada nasi dan seafood. Seafood pula terdiri daripada ketam, udang, lala dan sotong. Boleh minta nak seafood apa, tapi mestilah terdiri daripada menu yang zizie nyatakan tadi. Satu set ni untuk dua orang makan dan berharga RM 25/set, tidak termasuk minuman. Memandangkan kami berlima, zizie order tiga set dan tambah satu nasi sebab nasi yang diberi hanyalah satu mangkuk kecil sahaja.

Ombak Rindu
Minuman pula, zizie order the 3 layer. Tak ummphh sebab kurang susu. Angah dan abang long hanya order air laici dan teh ‘O’ laici. Zizie rekemenkan korang order air ombak rindu. Air ombak rindu ni gabungan soda, susu, sirap dan aiskrim vanilla. Zizie tak sempat rasa tapi abang ngah dan along kata sedap sampai habis licin dorang minum.

Dari segi servis, ianya agak slow. Mungkin kerana pekerjanya taklah begitu ramai sebab customers pun tak putus-putus datang. Masa minta penerangan pasal makanan, explanation yang diberi agak tidak memuaskan dan agak tergopoh gapah.Tuan kedai patut train pekerja dorang dari segi itu.


Alhamdulillah, kenyang kitorang makan. Kakak-kakak zizie semua berpuas hati. Memang kena dengan selera kami, lebih-lebih lagi zizie yang hantu seafood ni. Hehe. Abang ngah siap ajak repeat lagi. Memang dah pasang niat nak bawa family ke sini kalau diorang datang ke Ipoh. Kalau korang nak cuba juga, boleh la datang ke Kedai Tok Mat. Waze/google map sahaja ‘Kedai Makan Tok Mat’. Untuk reservation, korang boleh hubungi 011-24047660 atau 0174224387.



Waktu Operasi:
Isnin-Khamis : 2.00 pm - habis stok
Sabtu & Ahad : 5.00 pm - habis stok
Jumaat : Tutup

Alamat :
No 1, 24, Jalan Koperasi 17,
Bandar Baru Tambun,
31400 Ipoh,
Perak
(berhadapan SMK Tambun)

Contact :
No. Tel : 011-24047660 / 0174224387
Instagram : Kedai Makan Tok Mat
Facebook : Kedai Makan Tok Mat


You Might Also Like

33 comments

  1. senang je takyah makan pakai pinggan kan :D yg pasti makanan sedap!

    ReplyDelete
  2. preghhhhh...... rm25 untuk 2 org makan... mmg berpatutan.. :D

    ReplyDelete
  3. Wow nampak sedap. Maybe oneday kalau ke sana boleh la pergi :D Thanks kak zizi sebab review :*

    ReplyDelete
  4. Puaskan dapat makan dengan family...walau cuma sebahagian yang ada...moga rezeki zizie terus melimpah ruah..amin..

    ReplyDelete
  5. aduhaiiii nampak sedapppppp

    nak kena cuba juga ni

    ReplyDelete
  6. review yang menarik


    zizie arzmoha singgah sini...dan follow blog...

    ReplyDelete
  7. macam sedap je kann. huwaaa terus rasa laparrrr

    ReplyDelete
  8. Mmg best pn..ktorg mmg repeat tp xrezki sbb ms p siang kdai ttup.second time p ari minggu full house..so better kal dlu kot so xla kempunan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau hujung minggu, better buat reservation.. zizie pun nasib baik gi weekdays.. itu yg dpt tempat.. itu pun, tak putus2 customer dorang..

      Delete
  9. Sekarang ni banyak ya kedai yang konsep dia macam ni.

    ReplyDelete
  10. ALamakk. Dahlaa tengah lapar. Hahaha :P

    ReplyDelete
  11. wowww...best ni..camni..jimat sabun, air..lebih mesra alam dan memesrakan hubungan keluarga, kawan-kawan yang datang makan.

    ReplyDelete
  12. sedapnya... ish dkt kedah nih xdak ke.. nk p ipoh mcm jauh lak... hehehehe tapi lama jgk xjeguk family angkt kt sana.. kna p nanti nih.. dkt sgt dah dgn rumah depa...

    ReplyDelete
  13. Menarik, jimat tenaga tak payah cuci pinggan.

    ReplyDelete
  14. glamer kan ala2 shellout ni sekarang hehehe

    ReplyDelete
  15. eh menarik sangat ! zizie dh kerja ekk.. nampak sgt kak liya dh lma xdtg sini.. :)

    ReplyDelete
  16. Tula, aritu baru nak g shell out tau, tetibe kate xbole makan sb HARAM. So okay la bile ad tempat camniy. Hermmmm, terliur plak tengok udang. =P

    ReplyDelete
  17. Menarik betuuuuuul.. Shell out pon tak pernah cuba T_T

    ReplyDelete
  18. kite pun hantu seafood jgak,akak ni mmg sengaja kn? jealous -.- huhu

    ReplyDelete
  19. pergh.. ptt la suruh kenyang dulu sebelum masuk blog ni. hihihih.. laparnya tengok..

    ReplyDelete
  20. huihhh sedapnya... nak pegi la jugak..

    ReplyDelete
  21. Shell Out pun Hana tak pernah makan. Harga RM25 untuk dua orang makan dah berbaloi rasanya. Mungkin boleh cuba suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  22. bestnyaaaaa! dekat labuan banyak restoran seafood.. tapi tak da lagi shell out dekat sini. heh

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum, singgah ptg di sini, dan selamat tahun baru pada semua.. ;)

    ReplyDelete
  24. Kenapa mengoda sangat seafood tuu Zizie?
    Harga pun affordable tapi jauh dari Seremban,itu mslh dia.. :-)

    ReplyDelete
  25. Nampak menarik konsep hidangannya.. boleh cuba bila kak aiza balik perak..

    ReplyDelete
  26. Singgah sini.. Follow sini..
    sedapnya.. Ohsem.. Nak kena ajak En. Suami nie..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.