Heyyo 2016!

1.1.16

Heyyo 2016! | Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru buat anda semua. Let this entry be the first entry of mine in 2016. Kalau ditanyakan khabar, Alhamdulillah zizie sihat walafiat. Cuma blog dah sendu la sebab ambe tak dop idea nak update. Korang pun bosan lahai nak dengar zizie ngomel pasal mesin. Hekhek.


Let flashback my 2015. Ada 3 perkara yang berlaku dalam hidup zizie.

Putus cinta

Klise sangat kan? Lantak korang sebab korang tak tahu apa zizie lalui. Memang betullah orang kata first love memang nak susah dilupakan. Lepas 3 tahun asyik putus sambung je, at last zizie boleh lepaskan segalanya sebab... dah penat nak sakit hati. Ubat dia ada dua aje. Satu, ingat Allah. Dua, ingat family. Dengan pegang dua benda ni, zizie dah move on tanpa rasa sedih. Siapa kata takkan teringat kan? Tapi, bukanlah teringat sebab rindu. Teringat sebagai peringatan untuk zizie supaya tak payah memperbodohkan diri ini. Dah sampai masa "mencerdikkan" diri pulak.

Graduation day

Macam tak percaya zizie berjaya tamatkan zaman belajar. Penat den merantau dari Terengganu ke Kedah, kemudian ke Selangor, lepas tu di Melaka pulak. 4 tahun di Melaka macam-macam perkara zizie belajar. Daripada buat perangai immatured sampai la sedang-sedang matured. Hehe. Masa atas pentas tu, rasa syukur sangat penat lelah tu terbalas jugak. Mak pun seronok tengok anak dia dah grad. Master? Hurmm. Belum fikir lagi sebab PTPTN tak habis bayar lagi. Huhuhu. InsyaAllah kalau ada rezeki, zizie takkan menolak untuk sambung belajar.

Alam pekerjaan

Zizie ingatkan, zizie takkan dapat kerja sebab susah gila nak dapat kerja zaman sekarang ni. Tengok ajelah ekonomi negara kita sekarang macam mana sehinggakan beberapa syarikat terpaksa membuang pekerja and worst case tutup company! Masa jadi jobseeker tu rasa nak berguling tengah jalan sampai ada orang bagi aku kerja. Hehehe. Rezeki Allah tu luas dan Alhamdulillah akhirnya zizie dah pun bekerja. Hambik kau. Bila dah kerja sakit kepala dengan mesin ni lagi, dengan asst. engineer yang lepas tangan lagi, nak communicate dengan Japanese lagi, dan macam-macam lagi.. Itulah asam garam alam pekerjaan kan.


2016 ni, zizie tak ada azam sebab azam tu tak pernah lengkap ditunaikan pun. Haha. So, I just wish that I have a happy life. Weehu. Dan.. Harap kawan-kawan aku kalau tak nak keluar dengan aku, jangan suruh aku pergi cari pakwe. Loqlaq la ampa punya alasan.  And, semoga zizie rajin update blog setiap hari. Even though part setiap hari tu takkan tercapai. Huhu.

So, how about yours?

You Might Also Like

12 comments

  1. hihihi alhamdulillah! :D <3
    ure graduated!!& u moved on!!!!!

    all the best in 2016 kak zizie!

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru. All the best bekerja.

    Saya tahun depan spm. Huhu

    ReplyDelete
  3. Saya pun sama tak ada azam2 ni sangat. Cuma nak lalui hari2 yang mendatang dengan baik dan jugak moga segalanya dipermudahkan untuk saya dan semua jugak.. Amin.. :)

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru kak Zizie :) doakan untuk tahun yg lebih baik

    ReplyDelete
  5. inshaallah akak dapat lalui smua ni. hehe tabahkan hati kak! & semoga dipermudahkan urusan selalu :)

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru zie...apa pun yang zizie lakukan ingat Allah...ingat keluarga...moga Allah permudahkan setiap urusan duniawi dah ukhrawi...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, your 2015 was not that bad kan :) Tahun ni, turn saya pula graduate. Insya Allah.

    ReplyDelete
  8. wow tahniah. banyak yg kak zizie dah lalui sepanjang 2015. semoga 2016 ni lebih baik! ;D

    ReplyDelete
  9. Visiting here...Happy New Year! May you have lots of joy, love and blessings all throughout this 2016!

    ReplyDelete
  10. All the best in 2016...warna² kehidupan yg mematangkan kita..apa pun semoga lebih sukses!!☺

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah kak aiza pun berazam untuk bahagiakan diri sendiri dan keluarga.. Semoga zizie terus ceria dan success di tahun 2016 ini..

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.