Cicak Bodoh

25.2.16

Cicak Bodoh | Harini, macam biasa zizie bangun dengan perasaan ceria. See, how positive I am. Pergi kerja pun ceria. #contohizizie. Dan juga macam biasa, first task zizie kena refill water tank and ulang alik washing-reliability room sambil main teka lagu dengan abang daus.

Habis je refill, tetiba iolls nampak seekor reptilia dalam sinki. Tengok macam hidup lagi, so iolls ketuk-ketuk la sinki tu kot-kot beliau akan menyedari kehadiran beta lantas terpana dengan kegojesan beta. Tapi, krik krik krik.. Statik je si cicak tu.

Berdasarkan observation zizie, cicak tu dah innalillah la kan kalau tak bergerak langsung. Takkan nak diagnosis nafas ngan jantung dia pulak untuk confirmation. Euww~ Pandang kiri kanan kot-kot la ada sesape yang boleh tolong angkat "jenazah" ni. Memang tak adalah sebab bilik tu zizie yang in charge sorang-sorang. Mana ada orang lain.

Dengan perasaan kesian zizie angkat "jenazah" tu menggunakan plastic glove. Lagi setengah jalan nak sampai ke luar, tetiba je cicak tu menggelupur! Dengan zizie sekali menggelupur! Huwargh!! Laju benor cicak tu lari pergi masuk ke bawah humidity machine. Zizie cuma mampu pandang sambil berkata, "cicak bodoh!" Perasaan masa tu rasa macam nak nangis je...

Nasib baiklah tak ada orang masa tu nampak zizie melompat-lompat. Kalau tak, jatuhlah standard kemachoan aku. Huhu. Wahai cicak, ketahuilah dikau bernasib baik aku bukan jenis suka mencarut. Kalau tak, dah lama kau di oink-oink kan sebab troll aku pagi ni. Jangan kau keluar dari bawah machine tu kalau kau sayang nyawa kau lagi. Huh!

Ok, nak sambung menangis dalam hati. Huwarghhh. Catch you later!
posted from Bloggeroid

You Might Also Like

22 comments

  1. Pernah jadi gak.. Pergh!! Dianya perasaan masa tu.. Allah je yang tau.. Memang.... Ish...

    ReplyDelete
  2. Baru kena smlm. Melekat dkt baju Ok!! Tak suka!!

    ReplyDelete
  3. cicak ni suka sgt duk kat sini dah kenapa
    kat umah k.el tu acapkali bila nak basuh pinggan..last2 nak bersih2 tiba2 mcm tersentuh something lembik2 n licin2..terus k.el jerit...geli kut..nak2 yg tgk cam mati..tp idup melompat lah makkkk kau senah pasal pa ko kt sini..melatah sempat lagi haha

    ReplyDelete
  4. kesian cicak di perbodohkan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia patut bersyukur kena "bodoh" je. hehehe

      Delete
  5. encik cicak, sila baca blog ni..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Mungkin dia terpaku sekejap bila terpandang puteri jelitawan yang muslimah lagi solehah..*anggap cicak jantan*...ahakkkk...zizie terkejut tapi cicak tu happy...kann...

    ReplyDelete
  7. Eeeeeee annoying nya diaaaa???? Aduh sakit jantung qila haha. Seriously qila mmg geliiiiiiii dgn cicak eeee ada pulak menggelupur eeee qila pulak gelupur dkt sini ni ha haih. Mmg bodoh hahahaha. Saborjelah.

    ReplyDelete
  8. eeeeee
    kalau BV memang takdapat la nak pegang cicak even ada lapik ke apa, kegelian yg amat, tengok cicak je pun dah kegelian. HAHAHHA

    ReplyDelete
  9. cicak mmg pandai pura2 mati kan?

    ReplyDelete
  10. haha apa la cicak tu, boleh pulak statik cam dah mati rupa-rupanya... hehe sabar eh Kak Zizie

    ReplyDelete
  11. PERNAH kenaa,,cicak jatuh atas meja,,then kat tepi ada budak laki mmg nampak kejadian tu,,dorg gelakkan jee,,

    ReplyDelete
  12. hehe cicak alahai cicak...sy tag Zizie :)

    http://nazihah-suarahati.blogspot.my/2016/02/pencarian-bloglist-bulan-mac.html

    ReplyDelete
  13. Waaaa...saya pun geli sangat dgn cicak...kalau saya pun mmg geram kalau mcm ni...saya selalu kata cicak kurang ajar sebab geram sebuk jek..haishh

    ReplyDelete
  14. dia pengsan sebenanrya tu
    x pun mabuk haha

    ReplyDelete
  15. Hahahahah kelakar pulak... kesian cicak tu... pepagi dah kena surprise.. hehehe

    ReplyDelete
  16. saya pun sangat geli dengan cicak sebab dia lembik XD pernah ada pengalaman cicak terjatuh atas kaki kuikui

    ReplyDelete
  17. haahaha.. kesian cicak tu kena bodoh.. tapi kita sama laa, memang pengalaman buruk dengan si cicak niee

    ReplyDelete
  18. Hush. kalo kite, kite pikir benda laen da. :( Benda menjalar tu kaki banyak tu. Huuuuuuuu. :(

    ReplyDelete
  19. Hmmmm. Cicak dan lipas adalah binatang yang dibenci. hahahaha.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.