Pertunangan: Hang Rasa, Hang Hotstuff Tak?

11.2.16

Pertunangan: Hang Rasa, Hang Hotstuff Tak? | Alhamdulillah kawan-kawan sebaya ada yang dah menamatkan zaman bujang masa Tahun Baru Cina baru-baru ini. Barakallahulakuma uolls. Ada juga yang dah bertunang. Semoga segalanya berjalan lancar ye uolls. Nanti kenduri jangan lupa jemput. Dapat hadir ke tak, belakang cerita. Hehe.

Kebetulan pulak roommate zizie pun dalam perancangan untuk bertunang. And suddenly satu malam ni dia buat serious girls talk pulak. Selalunya, kitorang lebih suka mengarut dari cakap benda serius.

Daripada bersembang pasal urusan majlis dan belanjawan sehinggalah minah tiga suku ni bertanya,

"Zizie, perlu ke bagitahu kat orang kalau kita bertunang?"

"Hang rasa, hang hotstuff tak?"

"Tak kot. Eh, memang tak. Haha"

"Haha. Baguih hang sedaq diri. Kalau camtu, hang nak diam pun tak dak masalah aih."

"Kena jadi hotstuff la baru bagitahu orang?"

"Well, aku ada idealogi aku sendiri. Back to basic. Kacau tunangan orang tu salahkan? Hang nak marah kat lelaki/perempuan yang kacau tunangan orang padahal dia tak tahu apa-apa ka, hang nak marah kat lelaki/perempuan yang tak habaq kat orang yang dia kacau tu tunangan orang?"

"Hmmm.. Siapa suruh gatal dan menggatal."

"Kalau hang habaq yang hang tunangan orang, insyaAllah la orang tu tak kacau hang. Melainkan dia tu memang anak beranak ulat bulu. Tapi, kalau hang dah habaq hang tunangan orang lepas la hang dari segi tu. Kalau hang ikut layan sama, memang hang pun ulat bulu. Kah!"

"Tapi, aku rahsia takpa la kan. Aku pun jenis setia."

"Terpulang kat hang. Aku bagi pandangan aku ja. Aku pelik satu hal ja. Bila couple, boleh pulak nak habaq sana sini, tunjuk gambar bagai. Tapi bila dah bertunang, sibuk-sibuk nak rahsia padahal tu benda baik kot. Lagipun, kakak aku selalu cakap bila bertunang ni masa ni la dugaan tu datang nak tengok hangpa tu kuat ke tak."



Well, that's only my two ringgit about engagement.. Ikut suka korang la kan nak bagitahu ke tak. None of my business langsung. Kuikuikui.

Kalau zizie pulak yang bertunang? I ada kakak-kakak yang kepohci gila nak mampus tolong hebohkan.. hahahaha... Dah! Jangan nak lontarkan pertanyaan giliran aku bila pulak. Bulan tiga ni walimatul urus kakak aku dulu. Cium siapa tanya satgi! Kekeke. Catch you later!

posted from Bloggeroid

You Might Also Like

26 comments

  1. org2 lama ckp tunang xelok dihebohkan.. kalau nikah tu elok dihebohkan..
    tapi mana2 pon tak kisah..
    benda baik kan.. =)

    ReplyDelete
  2. Pertunangan jangan dihebohkan tapi bila dah akad nikah baru boleh heboh =)

    ReplyDelete
  3. Masa untuk zizie akan sampai in sha Allah...saat itu tiba lunaskan tanggungjawab sebaiknya ya...amin...

    ReplyDelete
  4. kawan sy pun ramai yg dah bertunang hahaha although umur baru 20 tahun . kak zizie bila lagi? hehe lol :P

    ReplyDelete
  5. "hotstuff"., hahaha aku suka tang tu.,
    nk heboh ke tak tu trpulang la.,
    tp agama larang klu kita pinag tunang orng.,
    da tau tunag orng lg nk potng line., mmg bdosa la.,

    ReplyDelete
  6. my 2 ringgit terus.. orang dua kupang ja laa.. hahaha

    Nabi kata rahsiakan pertunangan , dan hebahkan perkahwinan .

    kalau ada orang kacau rsanya tk pa bgitau dia dah tunangan orang . selagi mampu rahsiakan rahsiakan .

    just my 2 ringgit and 50 cent :P

    ReplyDelete
  7. hahaha... ada baca artikel macam orang atas.. so, tepuk dada, tanyalah hati.. kan..

    ReplyDelete
  8. Seeloknya takpayah hebohkan sbb kalau putus , aib keluarga. Lagipun nabi dah pesan rahsiakan pertunangan hebahkan perkhwinan utk elak fitnah. ^^

    ReplyDelete
  9. bergantung pada keadaan bolehla nak heboh :) kalau nak diam pun boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuuuu! hehehe tengok pada keadaan. kalau terpaksa like kena kacau, bgthu la sebaiknya. kalau tak, diam je. :)

      Delete
    2. nak setuju dkt sini jugak! hihi.

      Delete
  10. uit, shanteknya header, kikikiki, kita rindu kak zizie lahh

    ReplyDelete
  11. ikot keselesaan kan,,yg mana perlu tahu,kita bgtahu,,yg mana tak perlu tahu,,diamkan ;)

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya bergantung kepada keadaan, kalau bg tau niat utk tidak diganggu...mgkn la boleh, tapi sebaiknya dirahsiakan jugak..ini dari apa yg pernah akak dgr laa :)

    ReplyDelete
  13. wah.. semoga akak pun bertunang xlama lagi.. hehehe ^^

    singgah sini.. :)

    jemput join GA Shawal.. ^^

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/daebakfebruary.html

    ReplyDelete
  14. ye, bgantung kepada keadaan.
    risau jugak jadi orang datang meminang sedangkan dah bertunang.
    tp tak hebohkan pun tak salah.

    ReplyDelete
  15. kena ikut keadaan kut..kalau untuk menjaga diri atau ada orang yang sedang ada hati kt orang yg bertunang memang ptut bgtw. for my opinion laa..

    ReplyDelete
  16. hahaha. PG tanya, hang bila puloks? :D (gurau je tau :D)
    tq ziarah blog PG :)

    ReplyDelete
  17. Realiti remaja... Ada betulnya la tu masa couple sibuk bgtau... Bertunang senyap... Sedangkan dalam Islam...takde couple..tunang kena sorok, kahwin baru hebah... Ikut Islam je la.. Insha Allah.. Berkat rumahtangga yg dibina tu..

    ReplyDelete
  18. Lol biasanya kalau tak nak heboh pun memang ada tukang heboh tak berbayar xD

    ReplyDelete
  19. Salam , saya pon setuju tak heboh kan :) tapi tunang tu jangan lama lama nanti diambil orang :) gurau je,
    kalau dah jodoh kita tak kemana

    ReplyDelete
  20. nti nak kwin heboh2kan kt k.el tau zie hehe

    ReplyDelete
  21. better senyapkan .. nnti xjadi sendiri malu. hehe singgah sini. xjmpa shoutbox. T^T

    http://aienienka.blogspot.my

    ReplyDelete
  22. Tunang kalau tak nak bgtau pun tak pa... just jaga diri bebaik.. tu ja... tapi setujulah dgn ayat tu... masa couple sibuk dok heboh hat ni aku punya... so pandai2 sendiri la kan...

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum...
    eh ehem... Bagi kak la kan.... tak perlu heboh pun tak apa... tapi bila dah bertunang or dah kawin tu... buatlah cara orang dah berpunya... jangan pula nak 'test market' juga... Hak! akak ada pengalaman juga... dah 11 tahun berkahwin pun ada juga orang nak 'test market' kat akak... akak terusterang dan tak layan.
    NAsihat akak... jangan terlalu melayan dan jangan juga terlalu sombong. itu ja...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.