Aku Diikut Rapat

2.3.16

Aku Diikut Rapat | Okay, I admit yang zizie ni kekadang tak alert dengan keadaan sekeliling dan sometimes tu sambil lewa je.. Nasib baiklah tak pernah jadi perkara buruk kat diri sendiri. Apalah yang tak kena sangat dengan aku ni.

Baru-baru ni, after waktu kerja macam biasalah zizie terus balik rumah. Masa kat traffic light, zizie berhenti kat sebelah sorang India ni, naik motor macam zizie jugak. Dan macam biasa, zizie mengelamun kejap kat traffic light dan tak adalah nak pandang sekeliling. Cuma zizie perasan si leng chai ni berhenti kat belakang zizie. Pelik pulak sebab rumah leng chai arah lain. Malas pulak zizie nak toleh belakang tanya. Nak pergi rumah kawan dia kot.

Lampu hijau je, terus zizie jalan. Tengok leng chai kat side mirror macam ikut zizie. Cuma, belakang zizie ada indian boy yang zizie berhenti sebelah tadi dan diikuti dengan leng chai. Zizie buat bodoh jela dan masuk ke simpang rumah zizie. Zizie bagi signal nak berhenti kat rumah. Masa nak belok tu, terkejut zizie sebab sikit lagi nak terlanggar indian boy tu. Zizie park macam biasa depan rumah dan nampak leng chai laju je macam kejar indian boy tu. Dalam hati janganlah budak ni pergi kejar budak tu sebab kitorang nyaris-nyaris nak berlanggar. Lagipun, ada salah zizie jugak sebab tak hati-hati.

Then, dapat mesej dari leng chai, “td awak nyaris2 nk kene langgar kn ??” Dah ada salah zizie jugak, kita mengaku salah jela kan. Zizie tanya la balik kenapa lalu area rumah zizie. Rupa-rupanya masa kat traffic light leng chai ternampak indian boy tu asyik pandang je zizie. And I was like, REALLY????!!! Ya Allah, kenapa aku tak sedar?! So, sebab tu la leng chai ikut aku dan dia cakap indian boy tu ikut aku rapat je. Haaa!! once again, kenapa aku tak sedar?!



Nasib baiklah leng chai balik normal hour masa tu sebab selalunya dia balik pukul 8. And thank you so much leng chai sebab escort ala-ala bodyguard. Hahaha. Dear zizie, after this please double extra careful! Itu nasib baik ada leng chai.. kalau dia tak ada? Naiya laaaa. So girls, part ni jangan contohi zizie yang kurang berhati-hati. Huwargh!


Catch you later!

You Might Also Like

31 comments

  1. Persoalannya sekarang, siapa leng chai ..

    tolong sambung episod seterusnya. hahaha

    hati-hati tau, dkt mana ja boleh berlaku masaalah .

    ReplyDelete
  2. Ish3xx.... Bahaya tu zizie.. mmg next time kena extra careful zizie...

    ReplyDelete
  3. zizie..tolong hati hati dik...kita tak boleh jangka apa yang berlaku disekeliling kita...tapi kita kena usaha berhati hati...

    ReplyDelete
  4. Hishhhh tlg hati hati lepas niy. Bahaye da zaman skg lagi lagi kalo nampak girl bawak moto. Hermmm dunia skg kan. Macam macam bole jadi. Take care zizie.

    ReplyDelete
  5. leng chai tu dlm bhs cina bkn maksudnya handsome boy ke kak? hahaha ke bkn? nasib baik ada lengchai. lain kali tak boleh mengelamun kat traffic light lagi eh kak? take care :)

    ReplyDelete
  6. Wahh leng chaii. Baik punya leng chai :D
    Hari tu akak org pun pernah kena ikut macam ni dengan mat motor. Huu mintak dijauhkan dari benda-benda tak elok. Extra double triple careful next time! :)

    ReplyDelete
  7. Bahayanya..kene hati2 bnyk kes sekarang

    ReplyDelete
  8. please be aware of your surrounding next time. omg sekarang mcm2 blh jadikk!!

    ReplyDelete
  9. Pernah kena jugak macam ni masa nak balik dari kolej T^T

    ReplyDelete
  10. smoga hati hati lebih lepas nii zizie!

    ReplyDelete
  11. hati2 Zizie.. baiknya leng chai tu...

    ReplyDelete
  12. Hati-hati ya Zizie. Moga takde benda yang tak elok terjadi dekat Zizie.

    ReplyDelete
  13. k.el ni pun mak rempit gak..risau pulak bc ni
    k.el mmg duk tengok2 sekeliling risau skrg ni diorg main rembat je org naik motor
    extra carefull bak kata lengchai..sapa lengchai tu biarlah misteri gitu hehe

    ReplyDelete
  14. nasib baik ada bodyguard ehem-ehem

    ReplyDelete
  15. salam zizie moga Allah lindungi awak~ walau kat mana saja

    ReplyDelete
  16. takutnya baca. nasib baik leng chai tu dtg tolong. kena lebih berhati-hati lepasni T__T

    ReplyDelete
  17. ishh bahayanya. lagi2 bawa motor malam2 seorg diri. hati2 zizie.

    ReplyDelete
  18. Next time extra careful tau..
    Zaman skrg ramai org desperate sanggup buat apa saja..

    Nasib baik ada leng chai tolong leng lui kann zizie ;-)

    ReplyDelete
  19. siapa leng chai tu hahahaha kena hati2 sekarang ni dik, byk kes huhuhu kita tak tahu kemungkinan yg akan berlaku...nauzubillahi

    ReplyDelete
  20. Siapa leng chai ? Heheh. Nasib baik, hati2 lepas ni akak, sekarang ni macam2. orang jahat sana sini

    ReplyDelete
  21. bahaya nyaaa..tambah2 pulak kita nih perempuan. #tips . kalau rasa kita mcm diekori (waktu siang).. better jangan terus sampai ke rumah (probability dorang aim rumah kita sgt tinggi) , saranan saya..lalu ikut jalan lain & selamat sampai lah dia tak boleh jejak kita , then barulah balik rumah. ini utk elakkan dorg aim rumah kita.. who knows right? ..and..sentiasa berwaspada.

    ReplyDelete
  22. uhh bahaya zaman skrg..kena more alert..mcm2 perkara boleh jadi especially bila naik motor sendirian..sy pun nk tny jgk lah siapa leng chai? HAHA

    ReplyDelete
  23. hati hati Kak Zizie :( Leng Chai tu kawan sekerja ke haha sekarang kena selalu hati hati, takleh absentminded sangat

    ReplyDelete
  24. bahaynya..hati2..beringt sblm kena..

    ReplyDelete
  25. Hati-hati awakk! Tapi, kita pun suka gak berkhayal tak pedulik pasal orang lain nih. Sentiasa rasa selamat. Huhu

    ReplyDelete
  26. nasib baik ada hero leng chai huhu... syukur xde jadi apa2..
    hati2 ye :)

    ReplyDelete
  27. bahaya skang ni kan., kena ati2 la.,

    ReplyDelete
  28. Allahu. Nasib baik leng chai tu baik hati.. Kalau idok tak tahu la apa jadi dengan Kak Zizie. T_T

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.