Kelopongan

16.4.16

Kelopongan | Masalah dua tahun lepas berulang kembali. Kali ni, aku tekad jugak nak buang masalah tu. Takkan aku nak merana lagi selepas ni disebabkan masalah yang satu ni. Masalah yang jarang sangat sakit tapi sekali datang, Ya Allah..... boleh tak tidur malam dibuatnya!

Esoknya, aku kena paksa juga pergi ke UTC Ipoh. Nasib baik ada orang nak bawakkan sebab aku still tak pro lagi selok belok jalan kat Ipoh ni. Boleh je setakat nak google maps sebab aku ni kekadang berani mati jugak bawak motor sambil guna Maps. Ni semua ajaran abang ipar aku. Marah dia tau sebab aku seorang adik yang mendengar kata. Muehehe.

Sampai kat UTC je, aku terus kena tarik pergi klinik gigi. After daftar, dah kena panggil masuk sebab tak ramai orang pun. In other words, aku sorang je pesakit di malam hari itu. Dentist tu main ketuk-ketuk gigi aku.

"Sakit tak?"
"Little bit"

Terus dentist tu speaking je ngan aku. Suit yourself doc. Secara ringkasnya, aku kena buat x-ray dan probably I need to do root canal. Ini yang buat aku leceh tapi memang kena buat jugak sebab aku dah tekad kali ni. Meh ceq selit sikit gambar root canal atau dalam lingua franca rawatan akar gigi.



Jumaatnya aku ke Klinik Kesihatan Tanah Hitam dan aku tak tahu pun haritu special day untuk orang yang buat appointment. Aku nak puji service medical assistant (MA) kat situ sebab dia explain satu-satu situasi which is aku akan kena tunggu lama sebab diorang akan utamakan patient yang dah buat appointment. Disebabkan aku dah datang situ, aku go on jela dengan setia menunggu. Luckily, tak payah tunggu lama sebab masa tu ada tiga orang je termasuk aku. And very the lucky aku boleh cabut terus gigi aku!!

Lepas kena bius, aku kena buat bayaran untuk cabut gigi. RM 1 je. Masa bayar tu, MA tu tanya, "Cabut terus? Tak nak tampal?" Aku geleng je sebab aku tengah gigit kapas. "Dah ada pakwe belum?", eh sempat lagi tanya macam tu. Aku sengih je. "Kalau dah ada, tak kisahlah kalau gigi tu lopong satu." Masa ni aku tak tahu nak respon macam mana tapi boleh tahan kuang asam la dia ni cakap macam tu. And once again aku sengih je dengan kapas dalam mulut. Tak tahu buruk ke idok masa tu.

Bius dah jalan, terus kena panggil dan gigi pun selamat dicabut! So, officially gigi dah hilang satu. Nasib baik bila sengih pun masih macho kan zie. Kalau tak, aku kena bahan jela dengan mulut puaka bebudak ofis ni. Apa-apa pun, I got the MC that day. Know what I did? Start pakwe LC135 aku and shoot balik Taiping dengan mulut yang masih duk berdarah. Mengikut pemikiran aku tindakan aku tu masih dalam paras kewarasan. Kan? Kan?

Okay, here is some tips untuk masyarakat yang baru je lepas cabut gigi.

1. Jangan berkumur. Ini hanya menyebabkan pendarahan tanpa henti sahaja.
2. Jangan makan atau minum selama setengah jam. Berkumur pun tak boleh, apatah lagi makan minum lagi kan. Btw, aku rasa awkward jugak bila makan tu dah tak ada gigi sebatang.
3. Jangan makan makanan panas dan keras. Bak kata assistant engineer aku, use your common sense. Sudah terang lagi berspotlight yang gusi tengah luka kan.
4. Kemam ais untuk hentikan pendarahan dengan cepat. Sampai taiping tu, habis ais dalam peti sejuk aku tibai. Baru la darah tu nak berhenti weh.

Menurut MA yang menyakat aku, kalau nak buat gigi palsu, after seminggu cabut gigi dah boleh pergi buat appointment dengan dentist. Untuk hospital kerajaan hanya dikenakan bayaran RM 10 tetapi memakan masa lebih kurang seminggu. Manakala hospital swasta lebih kurang RM 90 tetapi dalam masa tiga hari dah boleh dapat gigi palsu.

Me? Kelopongan satu ni macam comel pulak untuk aku. Kah!

You Might Also Like

24 comments

  1. ziziee,sygnya cabut gigi tuuu,gigi depan ke belakang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigi belakang.. tak apalah.. sebab dah berlubang gigi tu.. itu yang redha je kena cabut...

      Delete
  2. hahaha eyja pun ada satu gigi depan ni dok goyang goyeng goyung. tapi doktor kata ni gigi bongsu sebab gigi betul ada kat atas. tapi takut nak cabut. sebab takut rongak. hahah :D

    ReplyDelete
  3. kak nina bru naik gigi graham.. erkkk dh tua2 ada lg 1 gigi tak tumbuh.
    dh baik ke zizie

    ReplyDelete
  4. salam zizie ,
    sakitnya , tak pernah rasa lagi pi cabut , kalau tercabut sendiri tu ada lah tu pun masa kecik dulu

    ReplyDelete
  5. saya next week nak buat root canal . rasa sayang nak cabut sebab ada sebatang gigi graham dah kena cabut

    ReplyDelete
  6. Assalam dear... sakit gigi mmg tak boleh tido n paling worst sampai sakit kepala kan. =)

    ReplyDelete
  7. Sakit gigi adalah sakit ke-2 selepas sakit bersalin. (Eh yeker?) Tapi itulah reality-nya Zizie. Saya baru lepas cabut gigi tahun lepas.

    ReplyDelete
  8. sakitnya kak zizie.. huhuu. tabah pulak tu balik taiping naik moto. fi hifzillah akak..

    ReplyDelete
  9. Allahu...insaf sakit gigi ni zie...

    ReplyDelete
  10. aduh kite pun ada gigi berlubang tapi takut nak tampal cabut semua :(
    btw singgah dan follow awak dear, jemput ke blog kita :)

    ReplyDelete
  11. aaaa last time cabut gigi time budak2 rsanya. tu pun punyalah takot. hehe. caya la zizie!

    ReplyDelete
  12. Sakit gigi memang susah ditahan sbb melibatkan nerve kann..
    Sis prefer cabut dari menderita sakit tapi tengok jugak kedudukan gigi tu.. Kalau gigi baris depan, fikir alternatif lain selain cabut. Nanti senyum nampak lubang, malu...

    ReplyDelete
  13. Pergh cabut gigi is one of the worst thing ever.. Sakit kot.. Even nama Mr. Doctor tapi kalau nak pi jumpa dentist tu takmau jugak.. Hahaha

    ReplyDelete
  14. Seram bila sebut bab gigi nih..

    ReplyDelete
  15. assalammualaikum,,,cute blog la,,salam kena dr saya,,feel free visit me..^_^

    ReplyDelete
  16. seram juga bab cabut gigi ni....

    ReplyDelete
  17. sempat lagi dia tanya " dah ada pakwe ke blum? adoila haiii"

    ReplyDelete
  18. Lopong ITU comel hehe...okey lah dari tanggung Sakit yg tidak berkesudahan baik melopong ja dear. Tapi serious motif Tanya pakwe Ada ke tak? Haha

    ReplyDelete
  19. walaupun tak faham langsung pasal diagram root canal tu, harapnya semuanya ok lah nanti.

    bersyukur masih punya gigi walaupun tak layak buat iklan colgate

    ReplyDelete
  20. yanie pun dah cabut 1 gigi tepi..huhuh syg tapi dah sakit sgt..

    ReplyDelete
  21. aduhdudu..kalau sebut cabut mesti takut

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.