Kontot

19.6.16



Kucing jiran. Aku tak tahu nama dia apa. Aku panggil je dia kontot sebab ekor dia kontot. Selalu pagi-pagi dia kena marah dengan aku sebab dia tidur atas seat motor aku sambil tinggalkan bekas tapak kaki dia. Dia ingat berseni kot. Tapi, bersyukurlah dia tak pernah cakarkan. Yang menyampahnya, motor aku nak masuk porch tapi dia semedang buat action macam badan tu kebal. Tahu la ada 7 nyawa pun kan..

Malam ni, dia ikut aku masuk rumah. Sepanjang dia jalan, dia duk bergesel dengan segala objek dia jumpa. Tak kiralah dinding, tong sampah mahupun kaki meja. Aku tak expert pasal kucing sebab dulu aku bela kura-kura yang obses dengan lubang. Aku usap-usap kontot ni, try la garu-garu dia. Selalunya kalau aku gesel kat dinding sebab aku gatal kat belakang. So, aku guna jela logik akal aku. Hehe. Macam sedap je dia aku perlakukan begitu.

Bila dah main dengan kontot, aku ralit sampai aku terlupa nak mesej Mohamad Adam. Mohamad Adam marah aku main dengan kontot sebab aku ada gatal-gatal. Memang kontot agak kotor sampai aku rasa nak mandikan dia. Sorry la kontot. Aku kena halau kau keluar. Lain kali, kita main lagi tanpa pengetahuan si rabbit tu ye.

Good night kontot. Tidur atas seat motor aku tu jangan tinggalkan kesenian hang.

You Might Also Like

24 comments

  1. Assalammualaikum Zie..alahai si kontot..hihihi..dah jadi kawan zizie pula si kontot ni...elok juga zie..tolong jaga motor..bagi upah tau..

    ReplyDelete
  2. kurusnya dia... huhuhuh kesian dia nk brmanja..

    ReplyDelete
  3. Si kontot nak bermanja dengan Zizie..
    Kurus Kontot macam tak cukup makan..
    Tuan dia busy sokmo kot..

    ReplyDelete
  4. comel and manja sungguh si kontot ni hehe :D

    ReplyDelete
  5. Nik suka bela kucing ...
    best main peluk2 ha3 lepas tu kena mandikan jugaklah kadang2 baru bersih.....
    Tapi kena hati2 lah abis tgn kena cakar ...

    ReplyDelete
  6. dapat kat scya memang dah kena gomol2 budak ni !

    ReplyDelete
  7. Sama dengan Reen.. Hehe pagi-pagi nak panaskan moto dah leh nampak tanda tangan kucing.

    Rumah Reen ada dua ekor kucing betina.. Kucing-kucing jantan kat luar suka masuk rumah datang meminang.. Hantaran yang mereka bagi, pancutan di dinding atau langsir atau ikut suka mereka untuk menanda "Betina ini aku yang punya"

    ReplyDelete
  8. kontot nk kan kasih syg dr zizie tu.. hihi

    ReplyDelete
  9. wow caring nya. emmm so sweet. HAHAHA

    ReplyDelete
  10. Miza kalau dapat kucing ekor kontot ni selalu suka usik ekor dia. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. Hahah. Kontot tuu comel je, saja nak amik ksempatanlah tuu.Buat macam tak brsalah je nak manja2.

    ReplyDelete
  12. kucing kalau bulu tebal2 hahah nasib la kena

    ReplyDelete
  13. Selamat berbuka puasa pada awak... :)

    ReplyDelete
  14. Cute cat here...^_^

    You may also take time to visit my other blogs...thanks!

    http://www.artworksofmine.com/
    http://onlinejournalofmine.blogspot.com/
    http://availablerealestateproperties.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. tringat kucing abg sy namanya ketot haah lebih kurang dah dengan kontot.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.