Masak Dengan Ikhlas

14.6.16

Masak Dengan Ikhlas | Assalamualaikum and hi readers! Apa khabar semua dan salam Ramadhan daripada zizie. Ya Allah, betapa aku rindukan untuk blogging. Dah hampir dua bulan aku abaikan blog ni sebab terasa banyak serba kekurangan dari segi masa, idea dan kemudahan. Believe me, hidup aku sekarang pergi balik kerja je. Okay, lepaking dengan peahs dan dating tu ada la jugak. Kekeke. InsyaAllah I will update my latest story k!

Ini first time la zizie berpuasa di Perak. Suasana? Hurm, kalo I komen orang Peghok jangan la kecam. Bagi zizie Melaka is more merrier ( bagi yang tak tahu, ceq belajaq kat Melaka 4 tahun). I can’t compare it with Terengganu sebab kat Terengganu mak punya juadah pun dah kalah orang shopping bazaar weh! (bagi hok dop tahu, ambe orang Ganu). So, aku memang tak pergi bazaar kalau balik Terengganu. Tak mahu panjang lebar sebab aku tengah homesick with mak’s cook.

Tapi kali ni, aku banyak memasak la (yey! zizie dah ambik inisiatif untuk memasak). Kalau pergi bazaar pun, setakat cari kuih dengan air. Aku tak naklah membazir sangat sebab banyak lagi bajet lain nak kena ikat. Lagipun, bila sesorang ni sape nak menghabiskan semua makanan kan.

Cakap pasal masak kan, aku rasa lucu. Bila masak masa Ramadhan ni, sah-sah la tak boleh rasa kan even though boleh je rasa. Aku tak percaya diri sendiri weh. Kang tak pasal-pasal aku tertelan. Lalu, aku memetik kata-kata Sheila Rusly dalam Ketuk-Ketuk Ramadhan, “masaklah dengan perasaan yang ikhlas”.

Sungguh aku ikhlas haritu sebab kawan aku ni dia OT dan nak berbuka puasa kat rumah aku sebab tak sempat nak balik rumah before berbuka. Aku ni kan kawan yang berhati tisu tak sanggup nak tengok dia berbuka atas motor. Dipendekkan cerita, memang menjadi masakan aku masa tu. Aku pun dengan tanpa segan silu puji masakan sendiri. Nasib kau la ekyn dapat kawan level confident tinggi camni. Masuk lift tekan button sendiri. Kekeke. 

Kesimpulannya, masaklah dengan ikhlas even though kau masak sardine je pun. Haha. Well, bila dah besar ni aku memang makan ala kadar ajela. Masak, makan sesorang. Kekadang ajela berbuka puasa dengan kawan. Haa, bagi peniaga bazaar di luar sana, kome jangan jual makanan yang tak habis hari sebelumnya pulak. Naiya je kalau ada kes keracunan makanan. Berniaga pun kena ikhlas. Beware tau uolls and take care yourself! Catch you later!


You Might Also Like

13 comments

  1. bila masak ikhlas, tetibe jadi terlebih sedap plak masakan. hee

    ReplyDelete
  2. elakkan membazir kalo beli juadah di bazaar ramadhan :D

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum zizie..salam ramadhan ya..lama zizie tak sharing entri...bagus masak sendiri..alhamdulillah..sesekali kalau teringin beli tu tak salah...ubah angin orang kata..tapi bila masak sendiri ni rasanya lain..seronok..

    ReplyDelete
  4. Betul...kena iklas Bawu makanan extra sedar hehe

    ReplyDelete
  5. cik en lebih suka masak dari beli.. walaupun ikan kering ngn nasi.. ahahhaha

    ReplyDelete
  6. ermm baik masak sendiri dari beli kat kedai hi3
    kak kedai kadang2 x tau yang bila punya

    ReplyDelete
  7. Betul tu.masak dengan ikhlas rasa kesedapannya. Hehe kita pn rasa seronok bila masak

    ReplyDelete
  8. salam zizie, part kat terengganu tak yah pi bazar sebab makanan mak lagi best ..
    zizie yana pong gitu gok duk dumoh dok g langsong bazar

    ReplyDelete
  9. Masak dengan ikhlas in sya Allah sedap! btw zizie, reen jalan2 sini sambil komen dan follow. :)

    ReplyDelete
  10. hi kak zizie lamanya tak nampak T__T
    masak sndiri jimat duit sikit kan

    ReplyDelete
  11. Betul2... Masak kena ikhlas. Dia jadi magic tau tiba2 sodap!

    ReplyDelete
  12. lamanya akak tak update blog,hehe. masak sendiri lagi bagus sbb jimat je duit. salam ramadhan kak zizie :)

    ReplyDelete
  13. ya..masakla dengan ikhlas hehehe

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.