Majlis Pertunangan #FarAdam

15.12.16

Majlis Pertunangan #FarAdam | Alhamdulillah, 11.12.2016 menjadi salah satu tarikh bersejarah kepada zizie. Zizie dah selamat menjadi tunangan orang pada tarikh tersebut. Bak kata my cousin, dah jadi half milik orang. Hehehe.

Actually, pada asalnya BERTUNANG ni tak ada dalam plan kitorang. Zizie pun jenis tak kisah asalkan benda yang wajib tu perlulah kita lakukan. Plus, usia perkenalan kitorang belum lagi mencapai setahun. So, dia just plan tahun depan nak masuk meminang.

Tapi kita ni mampu merancang tapi penentuan Allah ni lagi manis. Parents zizie minta kitorang bertunang dan parents dia pun tak ada halangan, and here we are.

Persiapan pertunangan hanya memakan masa lebih kurang dua minggu sahaja. Yela, buat biasa-biasa saja dan semuanya DIY. Tak ada sewa menyewa kecuali par ajela sebab kitorang tak ada par. Sepanjang persiapan pertunangan zizie banyak rujuk dengan along zizie daripada soal baju tunang sehinggalah ke pelamin. Along ni paling kreatif dalam adik beradik. So, korang akan jumpa banyak nama along dalam entri ni.

Pelamin


Morning faces of ana-anak saudara. Hehe.
Dengan menggunakan beberapa helaian kain dan bunga-bungaan, maka terhasillah pelamin seperti di dalam gambar. Semuanya reuse daripada pertunangan kakak sebelum ini. Design pun lebih kurang sama aja dengan kakak sebelum ini cuma ada la serba sedikit ditambah. Nampak la lain sikit. Eceh!

Hantaran

Hantaran pula digubah oleh along. Untuk gubahan ada yang reuse, ada yang dibeli baru. Tapi most of it reuse la. So total untuk hantaran termasuk bahan gubahan tak sampai RM 400 pun. Hantaran daripada zizie berjumlah 7 hantaran dan manakala belah lelaki 5 hantaran.

Hantaran daripada pihak lelaki.

Hantaran daripada pihak perempuan.
Tips hantaran pertunangan: kalau tempoh untuk perkahwinan anda singkat, boleh la membeli hantaran untuk dipakai pada hari perkahwinan. kalau sebaliknya, seeloknya beli barangan yang boleh dipakai setiap hari.
Outfit



Outfit untuk majlis pertunangan zizie pakai baju daripada majlis perkahwinan kakak zizie semasa di belah lelaki. Senang kata semasa majlis menyambut menantu la. Shawl pulak dibeli dari She Shawl. Best tau pakai shawl ni sebab ada integrated ties which is kedudukan shawl ni lebih kemas di kepala.
Make up pulak along dengan sepupu zizie yang tolong make up. Almaklumlah zizie ni pandai pakai foundation, bedak ngan lipstick je. Lebih dari tu, harommm... Mahu senget sebelah kalau pakai eye liner.. Hehehe.


Majlis pertunangan bermula pada pukul 11 lebih pagi. Encik tunang pun naik sekali sebab mak suruh naik. Kata mak, tu adat orang dulu-dulu je. Biarlah dia naik dengar sekali. Hurmm. Aku pun musykil jugak. Jemputan pun hanya terdiri daripada saudara-mara sahaja. Kawan-kawan rapat pun semuanya duduk di luar negeri dan susah nak datang. Takpe uolls. Kalau nanti kawin tak datang, baru aku merajuk ok. Hehehe. Alhamdulillah perbincangan demi perbincangan, semuanya mendapat kata persetujuan. Nasib baiklah jari tak menggeletar masa sarung cincin. Kalau tak, nampak benor cuaknya. Hahaha.





Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak sangat membantu sebab zizie seorang yang blur-nak-buat-apa-ni-haa. Hehehe. Terima kasih keluarga belah lelaki sebab sporting dan baik sangat dengan zizie dan terima zizie as part of them.



Bila nak kahwin? InsyaAllah, uolls tunggu jela jemputannya pada tahun hadapan. Doakan urusan kami dipermudahkan ye..

You Might Also Like

29 comments

  1. Thniah syg !
    Kreatif ny along =D
    semoga di permudahkn ye, insyallah.. amin ya rabbal amin ! =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah dah jadi cik tunang orang
    nti jgn lupa jemput k.el na..lau free insyallah mai :)

    ReplyDelete
  3. tahniaahhhh!! alhamdulillah, one step closerrr (nyanyi) hehehe :)

    ReplyDelete
  4. waaa kakkkk tak sangka rupanya dah bertunang. mula2 tadi ingatkan majlis pertunangan org lain rupanya majlis akak sendiri hihi :P congrats kak! semoga dipermudahkan urusan perkahwinan nanti :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Semoga cepat disatukan menjadi suami isteri. :)

    ReplyDelete
  6. kak zizieeee, tahniah! happy for you. semoga dipermudahkan urusan seterusnya ;D

    ReplyDelete
  7. tahniahh ! semoga berjalan lancar ke peringkat seterusnya

    ReplyDelete
  8. tahniahhhhhh. semoga berkekalan ya. :D
    kreatif sungguh :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah.. bertunang jangan lama2, kahwin cepat2

    ReplyDelete
  10. tahniah zizie, semoga dipermudahkan ;)

    ReplyDelete
  11. Tahniah Zizie. Selamat bertunang.

    Jemput baca blog saya Penawar Asma Pada Bayi

    ReplyDelete
  12. Lamanya tak singgah.. tau2 dah bertunang..
    Tahniah Zizie, semoga dipermudahkan urusan seterusnya..
    Cantik Zizie, berseri.. ^_^

    ReplyDelete
  13. tahniah. jangan lupa invite time kawin nanti.
    Blogwalking kejap kat sini. Jemput join segmen saya. Ada hadiah misteri utk dimenangi.
    http://huseinrider.blogspot.my/2016/12/segmen-pray-4-aleppo-by-husein-rider.html

    ReplyDelete
  14. Tahniah zizie, moga berkekalan.. ;)

    ReplyDelete
  15. sesuai sangat akak dgn encik tunang!
    semoga dipermudahkan utk urusan perkahwinan yg akan datang :)

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum Zizie.

    Tahniah Lana ucapkan. Selamat menjalani fasa bertunang ya. :)

    ReplyDelete
  17. huaaaa bestnyeee dah tunang, macam tak percaya je kan? semoga berbahagia akak... nanti kawen jemput wawa tau, kalau ade kenderaan nak g, insya'allah wawa g.. hehehe tahniah akak^^

    ReplyDelete
  18. tahniah tahniah awakkk...


    jemput jenguk sini dan komen . tq :D http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html

    ReplyDelete
  19. Congrats! Have a great celebration there!

    http://incredibleinterest.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. xlama lagi lah majlis kawin tuu hehe
    tahniah..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah tahniah zizie !! heheh nampak lain sikit

    k.nina pun tak plan lg mcm ni. semoga semua dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah zizie.. lawa make up

    semoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  23. Alhamdullilah. Semoga Allah permudahkan! Amin :)

    ReplyDelete
  24. Tahniah zizie...Hopefully semuanya berjalan lancar nanti! Fasa ni banyak dugaan tapi tempuhlah dengan sehabis baik! <3

    ReplyDelete
  25. Tahniah Zizie dan selamat menempuh alam pertunangan.. =) Walaupun nampak ringkas jea mini pelamin awak tapi designnya cantik sekali..

    ReplyDelete
  26. Tahniah! Alhamdulillah semoga urusan perkahwinan nanti dipermudahkan :')

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.