Moreh Bersama-Sama Samyang : Hot Chicken Flavor Ramen, Spicy Korea Ramen

12.6.17

Percayakah anda, bahawa Zizie tak pernah merasa lagi Ramen Samyang ni. Eh, serius la even benda ni dah berlalu tempoh viralnya.

Dapatkan yang mempunyai cop halal ye.

Last week zizie ke Tesco mencari bahan untuk buat cocktail. Hampa betul la tak dapat apa yang dicari. Tapi bila lalu kat bahagian instant food, mata ni terus ternampakkan ramen samyang. Tiga kali jugak mundar-maandir sebab takkan la nak makan pedas-pedas bulan puasa ni. Disebabkan perasaan ingin mencuba tu sangat kuat, grab aje terus samyang yang berharga RM 26.99 per pack ni.

Bulan puasa ni, Alhamdulillah zizie tak ada nak ikut nafsu sangat dengan membazir makanan banyak-banyak. Cukup berbuka secara ala kadar untuk menikmati puasa yang sebenar. Jadi bila dah pukul 9 malam ke atas, ada la rasa nak makan kan. Apa lagi, bermoreh la kita dengan ramen samyang.

Samyang Semangkuk

Tengok merah paste dia pun rasa seram woo. Itu belum makan lagi tau. Bila dah masuk mulut, Ya Allah! Pedas dia sangat menyengat lidah dan semestinya mampu membuat mengalirkan air mata walaupun tak ada apa yang menyedihkan. Pedas dia sangat addicted. Walaupun rasa pedas, tetap nak lagi. Dan nasib baiklah pedas dia hanya di mulut dan tak memedihkan perut. Risau jugak sebab tengah bulan puasa ni kan.

Satu pesanan zizie, jangan terus minum air! Kalau tak, lagi la menjadi-jadi pedasnya. Zizie terus minum air soda, rasa macam ada asap keluar dari telinga. Lagi la laju air mata keluar. Korang kena bagi pedas tu kurang dulu barulah minum. Kalau tak, rasa macam lambat pedas tu nak hilang even nak tunggu pedas tu hilang pun lambat. For me, it is the safest way untuk minum air. Gitooh.

Rasa rugi la pulak sebab ambil masa yang lama nak mencuba. Zizie memang suka makanan pedas walaupun tak berapa tahan. Rasa challenging gitu. Hehe. Masa makan samyang ni kan, duk terfikir orang nogoghi tahan tak dengan pedas samyang ni. I guess, tahan kot sebab cili padi lagi pedas dan memedihkan perut.

Korang yang pernah makan, tahan tak dengan kesengatan samyang ni? Dan yang tak makan lagi tu, tak nak mencuba ke?

You Might Also Like

16 comments

  1. Mai dah cuba dua kali. Hehehe boleh tahan la setakat ni, tak minum air relaks je, tapi peliknya air mata tu sibuk je nak keluar, hahaha.

    ReplyDelete
  2. http://shahiraharmy.blogspot.com/2017/06/segmen-jom-tambah-follower-blog-my.html jom tambah follower

    ReplyDelete
  3. saya pun baru cuba makan samyang dalam tahun ni kak hahaha lama gila kot dah viral tapi baru nak rasa. pedas mmg pedas tapi sedappp. saya kadang2 letak sikit je chili tu hehe

    ReplyDelete
  4. Hi! Finally, I have some leisure to blogwalk as I promised. I hope you are doing well in this Ramadhan. Hehehe...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah cuba sebab tak suka pedas dan sebab mee die besar dan gemok. Hahaha. Selalu tengok kawan makan je.

    ReplyDelete
  6. Saya lom pernah makan tu.
    Nanti nak cuba

    ReplyDelete
  7. owh yang ni memang fave saye nih. hihi

    ReplyDelete
  8. Pernah cuba. Memang pedas. Kalau makan samyang ni mesti air mata keluar, air hidung pon keluar. Haha

    ReplyDelete
  9. Moi masa first time makan rasa terbakor je minum air pun tak lut langsung. Sekarang dah power sikit ah ahahahah sekali harung je. No need minum air langsung. Tips cuma jangan bercakap je. Just keep on makan. Aaaand done !👌 😂

    ReplyDelete
  10. Akak teringin nak makan tapi takleh tahan pedas lerrr... huhuhu

    ReplyDelete
  11. Saya dah cuba.
    Hahaha SAMYANG
    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  12. hmmm quite spicy and delicious...but not good for the health to eat this in daily basis...

    ReplyDelete
  13. mula-mula makan ras atak sedap second time makan macam boleh la rasa dia. takdelah pedas sangat lol

    #manusiatahanpedas
    #masaklemakciliapiletak30bijicilipadi

    ReplyDelete
  14. tak pernah rasa lagi setakat ni. nak cuba jugak la nanti hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Akak ada beli sebungkus, konon nak rasa tapi sampai sekarang tak cuba jugak..
    Tunggulah bila teringin makan nanti, hehehe

    ReplyDelete
  16. ngeeeeeh ngeh2.. CT pun tak pernah makan benda ni lagi sampai sekarng..
    tak sanggup nak cubaaaaa tak rela...

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.