Resipi Tom Yam Sayur Campur Mudah dan Simple.

9.7.17

Masa bulan puasa haritu, tak sempat zizie nak merasa tomyam masakan mak. Tomyam mak aje yang kena dengan selera zizie sebab tomyam dia kaya dengan sayur-sayuran. Kebetulan pulak balik kerja tadi, ternampak periuk tanah liat berharga RM16 yang dibeli dengan mak tahun lepas. "Kalau buat tomyam ni, sedap jugak". Memang best tau masak dalam periuk tanah liat ni. Rasa makanan lagi naik daripada masak dalam periuk biasa.

Zizie pun terus ke econsave untuk mencari bahan-bahannya. Maka, terhasillah tomyam pertama zizie. Hehehe. Buat tomyam yang simple saja sebab first time masak tomyam. Lagipun, barang kat econsave tersangatlah terhad. Zizie kongsikan resipi zizie yang berbaur mateur/newbie cooker ni ye.. hahaha

Bahan-bahan:
1. Ayam yang dipotong kecil-kecil
2. Bawang merah dan bawang putih (dimayang halus/tumbuk/blender)
3. Bawang besar dimayang kasar
4. Sayur-sayuran mengikut selera seperti lobak, babycorn, brokoli, bunga kobis, saderi, tomato.
5. 2 biji cili api yang diketuk.
6. 2 helai daun limau purut
7. 1 batang serai yang diketuk/dititik
8. 2 sudu besar Pes Tomyam Adabi
9. Minyak untuk menumis
10. Air
11. 2 biji limau kasturi

Cara-caranya:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan naik aroma.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam separuh masak.
3. Masukkan serai dan tuang air 3/4 periuk. Bergantung jugak dengan kuantiti isi kandungan tomyam korang.
4. Bila air dah mula mendidih, masukkan Pes Tomyam Adabi dan perah limau kasturi.
5. Masukkan sayur-sayuran yang keras dahulu seperti lobak, baby corn dan brokoli. Bila sayur tadi dah empuk, masukkan sayur-sayuran yang lain, bawang besar dan juga daun limau purut.
6. Tunggu naik aroma tomyam dan sayur-sayuran pun dah empuk, siap!!



Alhamdulillah, menjadi jugak tomyam zizie. Look. Memang zizie sukakan more vegetables dan korang tengoklah penuh ke idok periuk ni. Hehehe. Hidangan untuk 4 orang. Bagi sikit kat encik tunang dan esoknya bawa sebagai bekal di tempat kerja.

Percayalah, orang yang tak reti masak macam zizie ni pun boleh buat hidangan ni. Hehehe.

You Might Also Like

13 comments

  1. baru je makan tom yam ni semalam haha kalau makan time panas2 sambil tgk drama memang perghhhh hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Baru je dinner tomyam campur + nasik putih + telur bungkus. Hahaha kombinasi paling best~!

    ReplyDelete
  3. eeh sukanya tengok periuk yang masak tomyam tu.. menarik =D

    ReplyDelete
  4. Saya pernah makan tomyam di Bangkok. Sedap jugak. Itulah pertama kali saya rasa tomyam.

    ReplyDelete
  5. Masak dalam periuk tanah liat mesti rasa dia bertambah sedap kan? Beli kat mana? and rm 16 je? Murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap.. bertambah2.. aah.. sebab small size... beli kat kuala kangsar..

      Delete
  6. Memang akan bertambah sedap ke kalau masak dalam periuk tanah liat ni? Tak pernah tahu pun akan ada beza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. ada beza.. lgpun periuk tanah liat ada khasiat nya :)

      Delete
  7. Tak pernah try lagi masak tom yam dalam periuk tanah liat. Bolehlah cari lepas ni. Kalau kak Zizie jumpa kat kedai runcit, beli pes tomyam yg memang made in Thailand. Serius sedap! Kalau nak compare to Adabi memang lain rasanya. Hana dah pernah guna dua dua pes :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pes tu susah sikit nak cari.. kalau mak akak, memang guna pes tu.. selalu kirim kat kakak akak...

      Delete
  8. kat mana boleh beli periuk tu? Sempoi laa.. lepas masak boleh terus angkat letak atas meja..

    http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli kat kuala kangsar... memang sempoi.. hidang je sekali.. hehehe

      Delete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.