Marah Ialah Perkara Yang Sia-Sia

24.10.17
Kisahnya, setiap 6 bulan pekerja company tempat Zizie bekerja kena buat assessment appraisal. Dan last week we need to fill up the assessment. Unfortunately, Zizie tak sempat isi disebabkan ada kesalahan dari segi attendance Zizie. Sedih betul tetiba je ada 4 hari absent! Rupa-rupanya disebabkan sistem ada problem dan data semua hilang.

Nak tunggu dorang perbetulkan balik pun makan hari. Hurmm. Kebetulan pula, Zizie MC masa hari jumaat. Kesilapan Zizie, Zizie ingatkan assessment tu buka 10 hari. Rupanya 7 hari saja dan bila masuk kerja semalam (Isnin), memang dah tak boleh buat. Superior pun check dan nampak Zizie tak buat lagi. Zizie pun explain dan call HR pasal tu. Kena tunggu pulak kakak yang handle sistem tu masuk kerja harini.

Pagi tadi, Zizie bagtahu la kakak tu. Dari jauh, memang Zizie nampak muka dia ketat sikit. Dengar Zizie tak sempat buat, marahlah dia. Siap cakap admin je boleh tolong. Setahu Zizie, hanya dua orang saja yang handle sistem tu; kakak tu atau manager dia. Zie malas la kalau orang dah start marah-marah sedangkan kita cakap elok-elok. Tengok gaya dia pun macam tak nak tolong, Zizie pun blah ajela.


Tak lama kemudian, Zizie terserempak dengan superior zie dan dia suruh check either dah boleh buat atau belum assessment tu. Kerani zie bagitahu yang superior zie call kakak tu pasal assessment tu. FYI, zie memang tak bagitahu pun kat superior yang kakak tu tak nak tolong. Kira dah fasa redha la kalau tak dapat isi pun. Dan akhirnya, zie dapat jugak buat.

Cuma nak berkongsi, betapa bad mood pun korang, sepatutnya korang kena kawal perasaan tu dan jangan biarkan ianya mempengaruhi keadaan korang lebih-lebih lagi ketika bekerja. Sikap profesionalisme perlu la diamalkan di tempat bekerja. Zizie jenis prinsip, kalau kita nak dilayan dengan baik, maka kita pun kenalah layan orang lain dengan baik. What goes around comes around. Zizie pun pernah jugak stress kat tempat kerja, rasa nak marah jugak bila orang kacau, tapi bila difikirkan balik, kenapa la nak lepaskan amarah kepada orang yang tak berdosa. Sia-sia dan mendapat dosa je sebab menyakitkan hati orang.

Lidah tak bertulang lagi tajam daripada mata pedang.

You Might Also Like

12 comments

  1. Yup..betul la tu...jangan lepas geram pada pihak yang tak tahu menahu...jangan terbawa-bawa..tak pasal-pasal topup dosa nanti..

    ReplyDelete
  2. Kita pun tak suka kena marah masa kat tempat kerja. Lagi-lagi kalau benda tu bukan berpunca dari diri kita.

    ReplyDelete
  3. Kesian zizie, bertabahlah dear..
    Lumrah tempat kerja macam-macam perangai.. Di office sis pun sama, bila busy ramai yang bermuka ketat (macamlah diaorang saja busy..)
    Sis macam zizie, walau apa pun masalah sis akan tetap layan officemate dengan elok demi keharmonian antara rakan sekerja.. Be professional..

    ReplyDelete
  4. Dunia pekerjaan mmg gitu lah terpaksa berhadapan dgn bermacam2 ragam org. Mmg Ada org yg skru urat senyum dia tertanggal Kan huhuu.. mama x dpt nk folo sini. X jmpa butang follower la

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeke? ada je tu mama.. mungkin kena refresh kot.. hehe

      Delete
  5. Setuju nak dilayan dengan baik kenalah layan org dengan baik jugak ^^ n kerja kena profesional. hee :)

    ReplyDelete
  6. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/10/mengapa-sistem-saps-ibu-bapa-sangat.html

    ReplyDelete
  7. Marah memang tak mendatangkan apa-apa kebaikan pun

    ReplyDelete
  8. betul. nanti bila dah tenang sikit mula la rasa menyesal sbb marah2. selalunya mcm tu la.

    ReplyDelete
  9. Tak guna marah-marah buang current jer. Tempat kerja appraisal assessment setiap 3 bulan sekali bermakna setahun 4 kali. Demam.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.