Review Kiss Beauty Black Mask

20.11.17
Dah lama Zie tak manjakan diri sebab sibuk dengan dunia pekerjaan. Padahal, tak adalah workaholic pun. Hehe. So, hujung minggu Zizie ber-facial dengan Kiss Beauty Deep Cleansing Black Mask. Black Mask ni orang yang bagi kat Zizie masa nak hari raya haritu. Tengok, punyalah lama baru nak guna dan bermaksud dah lama la Zizie tak manjakan muka ni. Harapkan cuci, scrub dan toner aje. Itu yang jerawat on off aje. Hehe.


Review Kiss Beauty Deep Cleansing Black Mask

Bagi Zizie, black mask ni tak ada banyak perbezaan dengan charcoal mask yang lain. Dari segi tekstur, dan penggunaannya sama sahaja dengan charcoal mask yang lain. Sapu di muka dan biarkan ianya kering, kemudian barulah buka mask ni. Sebelum ni, zizie pernah cuba Charcoal Mask Daiso so bagi Zizie Kiss Beauty Black Mask ni dia kurang sakit bila dah kering jika dibandingkan dengan charcoal mask daiso.


Nah kau, kan dah jadi dayang senandung. Kekeke. Masa pakai mask ni, Zizie tak ada rasa kulit zizie tegang bila face mask ni nak kering. Kebanyakkan face mask yang lain memang rasa kulit ditarik tegang sebab ianya nak kering. Kalau tak, berdiamlah kau sebab tak nak rosakkan mask tu. Hahaha. Lepas 10 minit macam tu, ataupun charcoal mask tu dah kering, tariklah ia keluar. Jangan dibawa tidur sekali pulak. Lepas buka aje face mask ni, rasa muka macam sejuk-sejuk berangin sikit. Macam zizie cakap tadi, tak adalah sakit sangat masa nak peel off.


Tengok tu, bahagian T-zone Zizie boleh tahan jugak la banyak white head. Kesan dah lama tak buat facial agaknya. Hehe. Dah settle semua, jangan lupa cuci muka atau tuam muka dengan ais untuk kecilkan pori korang ye. Kalau tak, habis muka berminyak nanti.


Sorry zie tak dapat nak sediakan details produk ni sebab zie dapat sebagai hadiah. Once again, sorry for any inconveniences..

You Might Also Like

12 comments

  1. Alhamdulillah lepas dah bersihkan mesti rasa smooth je kulitkan...hihihi...kak PC pun lama dah tak pakai mask zie..selalu pakai sama-sama dengan en suami...kikiki...bagi adil...kalau sesekali pakai ok..untuk buang whiteheads dan blackheads kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo sweetnya kak jue share2 ngn hubby.. 😍

      Delete
  2. Dah lama tak pakai charcoal mask. Mahu beranak pinak whitehead kita :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. But ur face look flawless la farah ☺️

      Delete
  3. Seminggu dua kali CCL akan appky charcoal mask ni kat muka . Memang best pakai ..whitehead melekat2 pada mask

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajinnya CCL.. zie 6 bulan sekali pun belum tentu 😂

      Delete
  4. Terkejut tengok dayang senandung. Hihi. Siqah first time nanye dengar charcoal mask. Serius lah Siqah memang tak reti sangat produk muka. Nampak whitehead yang keluar tu, rasa menyakinkan produk nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dun wori.. zie pun xreti.. yg mana senang je zie reti 😂 cubalah tp cr yg sesuai untuk muka tau..

      Delete
  5. macam best jer produk ni.. waduhhhh...

    ReplyDelete
  6. nak try jugak la

    jmput la join and meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  7. Lama tak buat facial dan lama jugak tak pakai mask..
    Bagus jugak kannn ZZ sesekali pakai mask, kulit pun bersih..

    ReplyDelete
  8. Boleh la nak try nanti,,,kene cari ni nak jadi Dayang Senandung....

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.