Traveloka Fly & Win CNY Contest | Menangi Percutian ke Seoul, Phuket & Langkawi

23.1.18
Tengah belek-belek kalendar atas meja, terpandang pulak bulan depan ada cuti Tahun Baru Cina. Lama jugak la cutinya sebab company Zizie amik cuti sehari awal; gabungkan cuti peristiwa sukan olimpik haritu. Dicampurkan pulak dengan cuti hujung minggu, Zizie akan bercuti selama empat hari. Korang dah plan ke nak pergi bercuti ke mana? Ada kawan Zizie, tahun lepas dah planning. Dahsyat betol.

Kawan Zizie ada la ajak teman dia bercuti tapi kitorang takde idea nak bercuti ke mana. Haa sadis betul. Faham-faham la kalau cuti Tahun Baru Cina ni, confirm la sesak. Kawan Zie pulak cakap tak nak tempat sesak-sesak. Adoi kak oi, KL je kot tak sesak kan? Ada ke tempat yang tak sesak bila cuti persekolahan? #sismusykil . Tanya cik abang, katanya korang pilihlah tempat sendiri and enjoy the girls outing. Acece, sportingnya dia padahal dia pun takde idea. Hahaha. Kalau nak pergi dalam area Perak ni je, tak tahu lagi cuaca bulan depan macam mana. Bila petang saja, dah hujan sampai ke malam. Cuaca kan, bukan kita boleh jangka.

Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang, tetiba Traveloka bagi email ada Traveloka Fly & Win CNY Contest masa orang tengah mati akal. Kau rasa? - Macam dream almost come true la. Automatik keluar mentol lampu atas kepala. Kah! Terus dapat idea kalau ada rezeki, boleh la pergi bercuti di tempat yang dimenangi. Hadiah-hadiah dia mengancam weh. Tak caya korang tengok ni:
Grand Prize Winner : Trip to 6 days 5 nights in Seoul (Flight and accommodations only) for 2 (two) people. 1st Runner Up : Trip to 5 days 4 nights in Phuket (Flight and accommodations only) for 2 (two) people. 2nd Runner Up : Trip to 4 days 3 nights in Langkawi (Flight and accommodations only) for 2(two) people.Sharing the Traveloka Fly & Win CNY Challenge on Facebook RM1000 Traveloka vouchers x 2 winners

Semuanya tempat-tempat percutian yang diidami ramai. Kalau tak dapat hadiah percutian, dapat menang traveloka voucher pun boleh jugak. RM 1000 tu, siapa nak bagi kan. Hehe. Nak join pun mudah sangat-sangat. Meh Zizie ajarkan.

Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas dan merupakan rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia. Peserta wajib mempunyai FACEBOOK. Kalau tak ada facebook, cepat-cepatlah buat ye tapi rasanya most of uolls ada facebook kan. Korang like dulu fanpage Traveloka MY ye. Adik-adik yang berumur 18 tahun ke bawah nak join boleh je, just make sure mintak kebenaran ibu-bapa adik-adik dahulu ye.

Jika korang memenuhi syarat-syarat di atas, korang dah boleh bersiap sedia untuk main mini game yang disediakan oleh Traveloka. Klik Game CNY 2018 Contest ni dan korang akan di bawa ke laman seperti di dalam gambar di bawah. Zizie sarankan korang guna smartphone. Kalau guna laptop atau PC susah sikit la nak control.


Klik login with facebook dan korang boleh la start bermain. Tetapi sebelum korang start main, Zizie sarankan korang baca dulu Term & Condition dan Instruction ye. Lebih-lebih lagi Term & Condition no 4. Rujuk gambar kat bawah ni, faham dan hadam betul-betul.


Dah faham, barulah boleh start main. Game dia, serupa macam main game Flappy Bird. Siapa tak pernah dengar atau main game Flappy Bird, korang dikira ketinggalan zaman. Hehe. Bagi yang dah biasa main Flappy Bird, confirm la boleh dapat high score ni. Korang cuma perlu tap screen smartphone korang supaya kapal terbang korang terbang dan jangan langgar halangan yang ada seperti belon udara panas, layang-layang dan bangunan-bangunan yang ada. Sambil terbang, korang jangan lupa kutip angpau untuk kumpul score yang lebih banyak, kalau tak rugilah korang nak dapatkan score yang banyak.



Make sure korang dapatkan highest score tau. Bila korang dah habis main, nanti keluar score macam kat atas ni. Kalau tak puas hati dengan result yang korang dapat, tekan saja replay. Dah puas hati dengan score korang, korang klik la submit score ke fanpage Traveloka. Haa, itu pasallah korang kena ada facebook kalau nak join contest ni. Korang boleh share dan submit 5 kali je dalam sehari, so pastikan korang submit betul-betul 5 top scores uolls. Korang tak payah la hiraukan score Zizie tu, tu tengah warm up jari-jemari je.  Nanti bila dah "game on", korang tengoklah kehebatan Zizie. Hahaha.

Contest ni berlangsung selama tujuh hari bermula 22/1/2018 sehingga 28/1/2018. Daripada korang duduk rumah tak ada apa-apa aktiviti, apa kata korang luangkanlah masa lapang selama tujuh hari ni dengan bermain mini game ni. Mana tahu tuah ayam terletak di kaki, tuah manusia menang hadiah istimewa daripada Traveloka. Kalau tak ada partner nak travel, boleh la pm Zizie kan. *Koff! Koff!*

Zizie dah join, korang bila pulak? Cepat-cepat join, kalau tak melepas la korang. Good luck kepada para peserta dan jangan sampai cramp pulak jari jemari korang. Ekeke.

Till then, bye!

Traveloka Fly & Win CNY Contest
Contes Period: 22/1/2018-28/1/2018
Contest Type: Mini Game (click this link to redirect to game)
Brought to you by: Traveloka

You Might Also Like

8 comments

  1. mimin pun join . sbb tak susah nak join. game dia pun best. good luck ehhh collect angpoww

    ReplyDelete
  2. Masih duk kumpul score ni moga boleh menang pergi Seoul. Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Yg mini game tu GV tahu traveloka buat. Memang unik. Hadiah mmg lumayan sangat tu. Hihi. Good luck too kak. :D

    ReplyDelete
  4. haha ray xleh betul main gme dye. payoh betullllll

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.