LoveMe #5: Dear Past Me

12.2.18
#LoveMe 4

Dear Past Me,

Aku tak nak cakap yang hidup aku lebih baik sekarang sebab aku inginkan kehidupan yang lebih baik. Tetapi, berbandingkan dengan masa lalu, ya, kehidupan aku lebih baik. Aku tahu, mungkin sekarang kau tengah depress, kau hampir menjana idea-idea yang tak patut. Dan syukurlah kau tak buat sebab ada perasaan takut dalam diri kau.

Kau mengalami tekanan hidup yang sebenarnya, ada orang lain yang lagi hebat tekanannya daripada kau. Tak apalah, kau asingkanlah diri kau sekarang daripada orang lain. Sebab kesunyian yang kau alami tu, buat kau berfikir sejenak. Tak apalah, menangislah sampai dah kering air mata kolam kau. Sebab sekarang bila kau teringatkan peristiwa-peristiwa kawan tinggal kawan, dan orang yang tak kenang seribu satu kebaikkan kau, kau dah tak menangis dah. Tapi, kadang-kadang syahdu jugak.

Kau patut bangga dengan diri kau. Masa semua orang meludahkan kata-kata sinis kepada kau, kau hanya mendiamkan diri, jauhkan diri dan sambut tangan orang-orang yang nak membantu kau. Berdiam bukannya bermaksud kau kalah tapi, sebenarnya menang dengan gemilang. Lebih-lebih lagi, kau berada di tempat yang sekarang. Manakala mereka, still tak senang duduk bila tahu kau dah menjawat jawatan yang selayaknya dan gembira dengan kehidupan kau. Jangan pernah kesal kerana meninggalkan mereka kerana hidup kau lebih tenang.


Hargailah 3 orang ini; keluarga, kawan-kawan dan Adam. Ingatlah masa kau susah, keluarga kau cepat-cepat datang kat kau walau berkilometer jauhnya kau dengan mereka. Walau macam mana pun kau, merekalah yang menerima kau seadanya. Wawa dan Najwa antara orang yang banyak beri kata semangat kat kau, follow up keadaan kau. Wawa siap bacakan Yaasin untuk kau. Adam is the most awesome person yang pernah kau kenal selama ni sebab tak pernah jemu dengan kau, ada bila kau perlukan dia dan setia sehingga kini.

Benda tak semestinya menjadi seperti yang kau fikirkan. It's okay kalau kau gagal. Selagi diberi peluang, kau kena cuba ubah kesilapan kau. Manusia takkan pernah habis dengan berfikiran negatif. Kau buat baik pun dorang mengata, kau buat jahat lagilah dorang mengata. It's okay, be hurt, cry as much as you want. At the end of the dark tunnel, there is light for you.

Till then, bye.

You Might Also Like

3 comments

  1. be strong hadapi segala dugaan yee, dugaan dari Allah tandanya Allah sayang! :)

    ReplyDelete
  2. Pernah alami keadaan worst dalam hidup dan masa tu still bodoh xtau macammana nak faced thru. Skrg even people backbite me, I dont care. Still enjoying my life. Allah kan ada. No worries.

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.