Esok Dah Nak Berpuasa Dan..

16.5.18
Esok dah nak berpuasa dan lately ni, kerja bertingkek-tingkek pulak. Harini banyak sangat barang urgent dan presentation yang masih lagi tak siap-siap. Baru nak bagi kerusi kat ofis tu panas, dah kena panggil sana sini. I wish I can split myself like amoeba.

Masa nak balik tadi pun, guard ada tegur, "Nampak letih je muka". Bukan nampak, memang letih pun. Dah dua hari berturut-turut Zizie keluar ofis 7.15pm. Kalau ada orang nak bayarkan kerja lebih masa tu kan, bagus. 😢

Nasib baik semalam dah beli barang dapur apa yang patut untuk Ramadhan ni. Huish. Boleh dikatakan hampir semua habis licin la. Ingatkan malam ni nak la masak sedap-sedap sebab esok dah nak puasakan. Tapi, dah letih macam ni. Memang idok le.


On the way balik rumah tadi, singgahlah beli burger ayam double special ni, buat alas perut. Sambil-sambil tu menyembang dengan kakak burger tu pasal harga baju kurung siap sekarang dan ragam orang yang ikutkan trend sampai sanggup berbelanja besar. #membawang. Hiks. Eh, bawang I ada hasil tau. Dapat diskaun beli burger 😂.

Bila dah letih-letih ni, bukan nak makan sangat pun. Tapi disebabkan perut ni boleh tahan lapar juga, Ya Allah nikmatnya rasa burger ni. Rasa macam burger McD. Hehehe 😋

Korang mesti tengah makan sedap-sedap kan. Jeles iolls. Apa-apa pun, Zizie nak mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Jangan ponteng puasa tau. 😉

You Might Also Like

6 comments

  1. Selamat menyambut bulan puasa sis :)
    ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Ramadan kareem awaknya!

    Om singgah sini https://ombakbergigis.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa, Zizie :)

    ReplyDelete
  4. Rindu kak Zizie

    ReplyDelete
  5. Dah sebulan tak makan burger ni zizie. huhuhu

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.