I Am A Beauty Consultant Zizie

8.7.18
It had been a long time since I updated my blog. Post sebelum ni pun, baru beberapa jam yang lepas Zizie update. Kikiki. So, Selamat Hari Raya semua! Hehehe. After cuti raya, Zizie betul-betul busy sebab kena cover banyak kerja di office dan Zizie pun dah mula berbisnes.

So, talking about business, it changed my life 360 degrees. Sound so serious kan? Alhamdulillah, Zizie dah berkecimpung dengan business Mary Kay (MK). Bagi yang belum mengenali Mary Kay, Mary Kay ialah sebuah syarikat penjagaan muka dan solekan yang berasal dari Dallas, Texas, Amerika. Ditubuhkan selama 55 tahun di Amerika dan selama 17 tahun di Malaysia.

Sebelum Zizie join Mary Kay, Zizie mengenali Mary Kay menerusi Mama Niza, yang dahulunya seorang blogger, tetapi sekarang dah bersara daripada dunia blogging. Terkejut dengan kisah Mama Niza yang menjadi mangsa local product dan akhirnya beliau dipertemukan dengan Mary Kay. Banyak posting tentang kebaikan Mary Kay yang Zizie baca menerusi beliau. Alhamdulillah, wajah Mama Niza kembali pulih dan semakin cantik.

Dalam tempoh tu, Zizie tak pernah pun terfikir untuk mencuba produk Mary Kay. Almaklumlah, stereotype apabila mendengar perkataan Mary Kay, ianya MAHAL! Muka Zizie pernah breakout teruk disebabkan terdedah dengan bahan chemical di kilang sehinggakan pencuci muka yang Zizie selalu pakai daripada zaman persekolahan pun tak boleh sembuhkan dan akhirnya, Zizie bertukar kepada produk drugstore yang bebas daripada bahan kimia. Sedikit mahal daripada produk yang dipakai sebelum ini. Alhamdulillah, breakout tu sembuh sedikit demi sedikit tapi muka Zizie rasa kasar dan jerawat on off naik.

Sehinggalah kakak Zizie sendiri menjadi Beauty Consultant (BC) MK dan selalu berkongsi tentang kebaikan Mary Kay. Sedikit demi sedikit Zizie mendapat ilmu tentang penjagaan muka dan Zizie mencuba produk MK. Daripada wajah Zizie menjadi kasar kerana tidak mempunyai ilmu tentang penjagaan muka, akhirnya sekarang muka Zizie menjadi lembut dan salah satunya Zizie mencuba tools dan beberapa produk Mary Kay.

Dan akhirnya, Zizie mengambil keputusan untuk menyebarkan kebaikan produk Mary Kay dengan mendaftarkan diri sebagai Independent Beauty Consultant Mary Kay. Zizie seronok sangat-sangat sebab Zizie dapat belajar banyaaaaak sangat benda dan berkongsi dengan rakan-rakan dan customers Zizie. Bukan itu sahaja, organisasi Mary Kay juga sangat unik dan ahli-ahlinya tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa memberi kata-kata positif. Terasa rugi betul Zizie sebab lambat join team Mary Kay. Huhu.

A post shared by zizie.zack (@zizie.zack) on

ESRS class

Oh ya, ramai yang mengatakan produk Mk ni mahal, tak mampu nak pakai produk MK dan macam-macam lagi. Sebenarnya, sangkaan tu meleset bila Zizie mengenali dan memakai produk MK tu sendiri, pakai produk Mary Kay ni sangat berbaloi.

A post shared by zizie.zack (@zizie.zack) on

My First Mary Kay Baby Before Being A BC

Sekiranya korang berminat menjadi ahli Mary Kay, ingin menyebarkan kebaikan bersama di samping menjana pendapatan, korang boleh whatsapp Zizie di www.wasap.my/60195116793 untuk keterangan lebih lanjut. Kalau korang warga ipoh dan mahukan skin care class secara percuma, boleh juga set appointment dengan Zizie di nombor yang sama.

Till then, bye.

You Might Also Like

2 comments

  1. Nampak lebih flawless Zizie sekarang..
    Selamat maju jaya ZZ..

    ReplyDelete
  2. Selamat mmaju jaya Kak Zizie :) Makin cantik eh :p

    ReplyDelete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.