Ketahui Jenis Kulit Anda Untuk Memilih Produk Yang Sesuai

22.7.18
Siapa je yang tak nak cantik atau handsome kan. Kalau dipuji, mahu kembang semangkuk, asyik tengok cermin saja. Hahaha. Tapi, nak cantik tak semestinya tutup cacat cela dengan mekap sahaja. Cantik yang semula jadi atau natural beauty sebenarnya datang dari skin yang sihat.

Sebenarnya, tak susah pun nak dapatkan kulit yang sihat. First of all, korang kena tahu jenis kulit korang. Ramai tau bila Zizie consult, mereka ni salah sangka masalah skin dorang. Ala, biasalah tu. Zizie sendiri pun pernah silap; Zizie ingatkan Zizie ni kulit berminyak, rupanya kombinasi. Kikiki. Haaa.. Penting tahu jenis kulit supaya kita boleh pilih set penjagaan kulit muka yang betul untuk masalah kulit!


1. Kulit Kering

Kulit kering ni, memang takkan nampak langsung liang pori sebab liang pori dia dah tertutup. Pori pun tak boleh nak keluarkan apa-apa mekanisme untuk melembapkan kulit wajah. Orang yang mengalami kulit kering ni akan rasa kulit dia tegang. Kalau senyum tu, memang nampaklah garis-garis halus. Dan kering yang berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan kulit.

2. Kulit Normal

Kulit normal ni, kategori kulit yang sihat la. Muka dia tak berminyak dan kering langsung. Lembapan kulit cukup. Liang pori dia kecil-kecil saja. Jerawat pun tak galak tumbuh. Ada yang pandai jaga dari pelbagai aspek, memang tak tumbuh jerawat.

3. Kulit Kombinasi

Kulit kombinasi ni, sama macam kulit normal TETAPI berminyak di area T-Zone. Selalu orang kulit kombinasi ni, selalu confuse yang kulitnya berminyak. Tuju kepada diri sendiri jugak sebenarnya. Hehehe.

4. Kulit Berminyak

Kulit berminyak ni maksudnya, satu muka berminyak yang boleh nampak dari jauh. Liang pori juga besar dan kotoran mudah masuk ke dalam liang pori dan muka akan jadi berjerawat.

5. Kulit Sensitif

Kulit sensitif ni jenis sensitif kepada bahan kimia, selaran cahaya matahari atau habuk. Muka akan jadi gatal-gatal dan tumbuh bitik-bintik merah. Worst, boleh bengkak muka! Kalau ini yang berlaku, cepat-cepatlah jumpa doktor ye.

Haa. Dah tahu apa jenis kulit korang? Kalau yang dah ada produk penjagaan muka tu, boleh la pergi check produk yang korang pakai tu sesuai atau tak dengan jenis kulit korang tu ye. 

Satu lagi Zizie nak pesan ni, yang lelaki, janganlah pakai produk penjagaan perempuan! Kulit korang tu kasar daripada kulit perempuan, jadi pakailah produk penjagaan untuk kulit lelaki melainkan korang ada special case untuk treat masalah kulit korang tu. Kulit lelaki ni, biasanya sama ada berminyak atau kombinasi sebab kulit mereka ni kasar dan liang pori memang terbuka. Susah nak jumpa kulit lelaki yang ada masalah kering. Betul tak?

MARY KAY BOTANICAL EFFECT DENGAN 3 FORMULA MENGIKUT JENIS KULIT


Mary Kay Botanical Effects (BE) ni ada 3 Formula yang mengikut jenis kulit. Itulah pentingnya korang kena tahu jenis kulit korang sebelum memilih produk penjagaan kulit muka.

BE F1 : Sesuai untuk yang mempunyai kulit jenis kering
BE F2: Sesuai untuk kulit normal hinggan kombinasi
BE F3: Sesuai untuk kulit muka yang berminyak

Contohnya, kulit jenis berminyak, mestilah guna BE F3 yang mempunyai formula untuk menyerap dan mengawal minyak. Begitulah sebaliknya jika kulit anda kering, BE F1 yang membantu memberi lembapan kepada kulit.

Orang yang mempunyai kulit sensitif pun sesuai sebab botanical effect ni terdiri daripada bahan-bahan semulajadi. Bebas kimia, tidak berbuih, tidak komedogenik dan free fragrance. Totally botanic!


Nak tahu lagi pasal cara penjagaan kulit wajah secara personal, boleh contact zizie di www.wasap.my/60195116793. Selain itu, warga Ipoh yang nak join skin care class pun boleh PM Zizie. Free je. Tak payah nak bayar apa-apa.

Semoga korang dapat memilih produk yang sesuai untuk kulit muka korang, dan mendapat kulit yang sihat kerana Zizie dah dapat kebaikannya dengan Mary Kay. Till then, bye.

You Might Also Like

8 comments

  1. kena tahu dulu jenis kulit muka baru pakai skincare yg berkesan kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul CL.. tak tahu jenis skin, ikut dan saja pakai.. mana nak dapat hasil..

      Delete
  2. kan. bnyk dengar mary kay ni elok. mek guna lipstick nya aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada sebatang lipstick pun, ada kebaikannya.. ada shea butter yang sesuai untuk melembapkan bibir kering.. siap menang anugerah eh!

      Delete
  3. Kak zizie, mary kay ada makeup fixing spray kan? Kalau ada. Next entry pls haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ee.. makeup finishing spray.. okay.. next entry coming... Hihi

      Delete
  4. Saya combination Kak Zizie. Selalu berminyak kat hidung sebab banyak whitehead. Tak tahu lah cemana nak bagi hilang. Macam2 dah cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. eizz, maknanya, kat hidung eizz banyak impurities.. kena cuci dari dalam.. akak suggest skinvigorate.. dulu akak pun ada masalah whitehead.. sekarang dah kurang.. plus, kena pakai something yang boleh serap minyak kat hidung..

      Delete

blog ini berbentuk blog personal yang berkongsi tentang kehidupan zizie, dan beberapa informasi yang berguna untuk manusia sejagat. sebarang bahan bacaan di dalam blog ini bebas untuk ditulis semula kecuali bahan yang berunsur peribadi dan merupakan hak milik zizie. pihak zizie juga tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen daripada para pembaca.